Adalah menjadi kepantangan bagi seorang wanita jika terlihat kesan parut di wajah. Tidak kisahlah parut disebabkan masalah jerawat ataupun luka.
Pasti seseorang itu akan berusaha untuk memulihkannya kerana tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai dalam keadaan wajah berparut.
Tetapi bagi salah seorag pengguna aplikasi TikTok dikenali dengan nama Amirahmaisarah02 pula melihat ia bukanlah satu perkara yang memalukan atau mampu menjejaskannya dari menjalani rutin sehariannya.
Tampil baru-baru ini di laman sosial berkongsikan sebuah video di TikTok apabila terdapat salah seorang pengikutnya bertanyakan mengenai wajahnya yang kelihatan seolah-olah melecur akibat terkena sesuatu yang panas menyebabkan kulit mukanya herot.
Menurut Amirah, ketika usianya tujuh tahun, berlaku satu kemalangan sewaktu dia tinggal di rumah bersama kakaknya.
“Saya masuk dapur tapi tergelincir dan tertarik sekali tong gas menyebabkan periuk belanga atas dapur pun jatuh sekali serta terkena muka saya.
“Kakak saya bawa saya masuk dalam bilik air dan basuh dengan air sebelum mendapatkan bantuan jiran serta dibawa ke hospital.
“Sampai hospital muka saya kena balut macam mumia seluruh badan sampailah jadi macam ni,” katanya.
@nuramiramaisarah2##fyp ##fypppppp♬ bunyi asal – Nuramira Maisarah171
Akibat dari kejadian itu, Amirah terpaksa menjalani kehidupan dengan wajah muka yang berparut terutama bahagian mulutnya disebabkan mungkin melecur teruk akibat terkena minyak panas.
Namun, Amira dilihat kuat dan langsung tidak kekok untuk berhadapan dengan kamera sewaktu menghasilkan konten di TikTok.
Jadikanlah perkongsian Amira ini satu pengajaran buat kita semua supaya lebih berhati-hati terutama ketika memasuki kawasan dapur atau memasak yang pastinya menggunakan minyak yang panas.
Semoga wajah Amira mampu diubati dan pulih seperti sedia kala satu hari nanti!
Sumber: SinarPlus
Artikel Berkaitan:
Kena Alert, Pelitup Muka Punca Wajah Berjerawat. Guna 3 Cara Berkesan Atasi Masalah Ini!
Selain Ikut Nasihat Doktor, Gadis Ini Kongsi Rutin Penjagaan Rawat Ekzema
“Auto Lawa Bila Dah Kurus” – Gadis Ini Kongsi Tip Berjaya Hilangkan 10 Kg, Dalam Masa 2 Bulan