Tunggu 10 Tahun Untuk Dapat Berat Ideal. Wanita Kongsi Cara Diet Lenyapkan 28 KG Dalam Masa 8 Bulan!

Share

Walaupun perbezaan lebih 11 tahun ketika mengalami pertambahan berat badan, namun tidak mematahkan semangat untuk mendapatkan berat idaman.

Bagi wanita ini, apa yang penting terus berusaha dan kekal bersemangat dalam usaha menurunkan berat badan. Apa yang penting niat untuk mendapatkan tubuh yang sihat dan dijauhi segala penyakit.

Perkongsian dari Shida Razak yang memberitahu pengalamannya dalam Grup Diet Suku-Suku Separuh berjaya mengurangkan berat badannya hingga 28 kg berbanding sebelum itu dalam masa 8 bulan saja.

2010 ( 30 tahun) vs 2021(41 tahun). 
Berat 80kg vs 55kg
Sis dtg lagi. Kali ni KC share tips dan jadual pemakanan KC k.
#DSSS
 

Tips utk kurus KC (kc for kakcik)

1. Betulkan niat. Niat nak jaga tubuh badan menjadi sihat dan minta dijauhi dari segala penyakit kerana menjaga tubuh badan yg dipinjamkan ini juga salah satu amanah Allah. Semoga Allah bg kita kesihatan yang baik dan ringankan lah beratku ya Allah untuk memudahkan segala urusan ibadah dan riadahku. Menjaga keluarga dan mencari rezeki dgn sihat dan kuat. Insyaallah semua akan berjalan lancar. Kurus dan sihat akan muncul sebagai ganjaran Insyaallah.

2.Selalu bahagia dan tolak stress ke tepi. Stress juga mengudang kesusahan untuk kurus dan sihat. 

3.  Ini amalan setiap pagi KC. Selalu minum smoothie setiap pagi sblm kc buat yoga atau senaman dan pekerjaan permulaan pagi.kc akan minum smoothie utk kesihatan liver..penjagaan liver/hati ni bukan   luaran ja..dalaman kita juga iaitu rohaniah kita kene jaga juga..penyakit hati rohaniah  harus di hindarkan..selalu happy tengok orang happy..jangan suka kecam2 dan cari salah/cela orang..baiki penyakit hati.pupuklah hati yang harmoni selalu..insyaallah akan lancarkan segala urusan kita.

4. Makan berhenti sebelum kenyang adalah calory counter sy.. jika anda makan tak kenyang2. Mulakan dgn pengiraan kalori pengambilan makanan harian. konsep pemakanan suku2 separuh menjadi pilihan. Suku nasik suku protin separuh sayuran dan buah.

5. Lebihkan minum air kosong setiap hari ikut keperluan tubuh.

6. Bila dah kurus..Untuk maintain berat ideal pula adalah maintainkan segala usaha kita dan pemakanan sihat kita waktu kita nak kurus dulu…jangan dah kurus mula kembali kepada life style lama kita….makanlah makanan yg anda gemar dan bertukar kepada gaya hidup sihat..diet itu bukan penyiksaan..diet yang betul dgn konsep fahaman yang betul adalah kenikmatan berpanjangan buat kesihatan tubuh badan.

Jadual pemakanan KC. 

– KC makan 5-6 kali sehari. 
– 15%-20% senam ( yoga dan berjalan di taman/ treadmill).mengemas rumah juga adalah – Senaman KC juga.
– 80% makan sihat
– Air kosong 2 liter atau lebih bila dahaga.
– Air ni minum ikut pada berat masing2.

Bangun subuh pukul 6 pagi kc akan minum segelas air bersama 1 sudu apple cider vinegar ( kc pilih jenama BRAGG)..tujuan..kita nak flush bacteria jahat selain ianya juga membantu dalam pemecahan protin yg kita ambil…boleh jugak dia amalkan 2 jam sblm tidur. Tapi tak semua sesuai dgn ACV..

KC amalkan dulu sebab doctor yang merawat gastric suruh amalkan..mmg berkesan secara natural merawat gastric..now..i am ok dah..takde gastric teruk macam dulu..namun bagi yang dah ada ulser teruk dalam perut..tak sesuai utk consume..tak semua sesuai..boleh gantikan dgn air kosong campur dengan habbatusauda dan sedikit madu..atau paling2 pun segelas air kosong saja.

ACV nilah paling banyak bantu kc menguruskan badan.dia kontrol paras gula dlm darah.nanti boleh tengok speech dr doctor pakar (Dr Noordin) dalam youtube berkenaan khasiat ACV ni…bagi anda tak suka ACV boleh je minum segelas air kosong bersama madu dan habatussauda..pun bagus..habis2 sangat takde..air kosong je pun boleh.

7.30 – breakfast
( selalunya kc akan minum smoothie buah& sayur+rolled oat. kalau kc sempat kc akan buat roti whole grain bakar letak salad2 dan telur/ nasik goreng sihat banyakkan sayur2an..goreng bersama olive oil dengan tumisan perlahan/ nasik lomak pun sodap..boleh makan..sambal kurangkan lebihkan timun. jaga portion nasik)

10.00am – snack 1
– ( kekacang atau biskut oat bersama secawan hot coklat /secawan green tea )

12.30 pm – lunch
– Makan nasik ikut pinggan sihat malaysia
– Suku nasi
– Suku protien 
– Separuh sayur dan buah
– Menu2 berpantang antara pilihan kc

3.00pm – snack 2
– ( boleh rujuk gambar2 contoh dlm post ini utk idea snack)

5.30pm/6.30pm – dinner
– Ubi kentang bakar besama dada ayam grill/salad telur bersama jagung dan salad/ubi keledek ungu atau ubi oren rebus makan bersama ikan bakar dan sayuran..ikut kegemaran anada..selalunya kc tak amik nasik untuk dinner..variasikan dengan bijirin lain..nak makan nasik pun boleh..apa beras pun takpe..janji suku dr pinggan hidangan.

8.00pm – snack 3
– (Boleh tgk dlm youtube/pinterest/tiktok/ utk idea2 snack sihat & lazat)

Sekian dari KC kacak

Menu Yang Diambil:

Nasik goreng cendawan sebenarnya ini..saya penuhkan pinggan dengan sayuran dan ikan atasnya

Sup ikan dori bersama beras perang..nak beras biasa pun boleh..sis suka peras perang sebab bagus untuk penghadaman sis fiber dia lebih

Nasik goreng kismis bersama salmon

Mihun Tomyam

Artikel Berkaitan:

Stress Lihat Angka Tak Berubah, Wanita Tekad Lakukan Diet DSSS. Hasilnya Berjaya Lenyapkan 19 KG

Bahaya Rupanya Letak Esen Vanila Bila Sakit Gigi, Doktor Ini Dedah Akibatnya

Wanita Kongsi Guna 23 Produk Drugstore Paling Sesuai, Elak Wajah Bebas Cela & Alami Breakout

Published by
Siti Zurina Mat Saman