Memilki bentuk badan ideal memang jadi impian setiap wanita. Apatah lagi jika sebelum itu pernah mengalami masalah kenaikan berat badan mendadak.
Walaupun pelbagai cara telah dicuba, namun akhirnya penat lelah berhasil apabila berjaya mendapatkan berat idaman.
Seperti perkongsian gadis ini di laman Twitter yang berjaya menurunkan berat badan daripada 65 kg menjadi 50 kg.
Gadis yang dikenali dengan nama Atilia ini berjaya menghilangkan 15 kg hanya dengan mengamalkan cara pemakanan sihat.
Perjalanan dietnya bermula Januari lalu dia sangat berpuas hati dengan hasil yang dimilikinya sekarang.
Menurutnya tujuan diet bukan untuk kurus semata-mata tetapi lebih kepada kehidupan yang lebih sihat.
Artikel Berkaitan:
Kajian Kata Skip Breakfast Berisiko Dapat Sakit Jantung & Ini Sarapan Pagi Boleh Diambil Setiap Hari