Teruja Tengok Eja Maintain Cantik Dan Sopan, Sekarang Fokus Keluarga

Share

Eja atau nama penuhnya Siti Shahrizah binti Saifuddin merupakan seorang pelakon hebat dan pengacara yang dikenali menerusi rancangan ‘Roda Impian’ dari tahun 1999 sehingga 2003.

Kelihatan ayu dengan penampilan terkini, pelakon berusia 51 tahun ini seolah-olah langsung tak dimamah usia. Maintain dengan air wajah yang manis dan langsing namun berubah dengan berpakaian muslimah berbanding zaman awal kemunculannya dulu.

Teruja Tengok Eja Maintain Cantik Dan Sopan, Sekarang Fokus Keluarga

Baru-baru ini, tular satu video di laman tiktok milik @farezadnanofficial2 yang meraih perhatian ramai. Video tersebut meraih jumlah tontonan sebanyak 445 ribu, 17 ribu tanda suka dan sebanyak 400 komen.

@farezadnanofficial2Ni zaman kecik2 selalu tonton kt tv3 😍 siapa la yang tak crush ngn kak eja kan? 😍

♬ original sound – Farez Adnan

Di dalam video berkenaan memaparkan seorang lelaki sedang menyanyikan lagu OST yang pernah dilakonkan oleh Kak Eja dahulu. Lelaki tersebut menyanyi sambil duduk di kawasan ‘foodcourt’ sambil diperhatikan oleh Kak Eja serta rakannya yang lain.

Rata-rata peminat yang menonton video tersebut, terubat rindu apabila melihat keberadaan Kak Eja di situ. Mereka mengungkapkan bawa amat merindui untuk melihat lakonan darinya di kaca televisyen. Ada juga yang memuji Kak Eja masih mengekalkan kecantikkan dan sangat sopan.

Memilih untuk bersendiri jauh dari sorotan lampu glamor yang pernah dikecap dahulu, bukan kerana sombong tetapi sebenarnya Eja mahu manfaatkan masa yang bersisa dengan Pencipta, suami dan anak.

Fokus Anak Dan Keluarga

Akui Eja, sejak bergelar ibu, fokusnya terhadap anak bukan sekadar 100 peratus bahkan lebih daripada itu terutamanya apabila Nur Eishal sudah memasuki alam persekolahan pada tahun 2016.

Demi memastikan anak tersayang menerima didikan sebaiknya, Eja sanggup tidak menerima sebarang tawaran berlakon dan tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti. Besar sungguh kasih sayang seorang ibu!

Apa-apa pun, semoga Kak Eja diberikan kesihatan yang berpanjangan. Sekiranya Kak Eja akan kembali berlakon suatu hari nanti, pasti ramai yang akan memberikan sokongan untuknya.

 

Published by
Nadia