Sukar Tidur, Pening & Rehat Atas Katil. Cabaran Dialami Madammu Sebelum Hamil Lepas Buat IVF. Setiap wanita pastinya memasang impian untuk memiliki cahaya mata hasil perkahwinan dengan suami tersayang.
Namun ada insan yang mengalami kesukaran untuk hamil secara semulajadi walaupun setelah beberapa lama berkahwin.
Kata orang belum ada rezeki dan selagi itulah kita akan terus berusaha untuk hamil walau dengan apa cara sekalipun.
Artikel Lain: Tak Kisah Makan 2 Sudu Nasi. Rahsia Azah Aziz Kekal Langsing & Awet Muda Cecah Usia 50 Tahun!
Begitu juga situasi bagi pemilik nama Eriyca Baiduri atau dikenali dengan nama Madammu apabila mencuba kaedah rawatan In Vitro Fertilization (IVF) untuk hamil anak pertamanya.
Ternyata rezeki selepas tujuh tahun berkahwin akhirnya pasangan ini disahkan hamil anak pertamanya melalui kaedah IVF ini.
Namun begitu, proses menjalani IVF ini bukanlah mudah yang disangka. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi empunya diri dalam pengorbanan mendapatkan zuriat sendiri.
Ketika kemuncak perjalanan IVF iaitu proses pemindahan embrio, Madammu terpaksa berehat dan bed rest. Ia adalah sesuatu yang sukar buat Madammu kerana kehidupannya yang aktif dan sentiasa sibuk menjadi kesukaran buatnya untuk hanya duduk rehat.
Menurut wanita cantik ini, fasa itu agak mencabar dirinya yang lasak dan tubuhnya mulai merasai tindak balas selepas mengambil beberapa jenis pil hormon mengikut saranan pakar.
Artikel Lain: Dah 43 Tahun Tapi Macam 30an. Minum 2 Liter Air Kosong Sehari, Rahsia Awet Muda Sarimah Ibrahim!
Setiap pil tersebut perlu diambil dalam jangka masa tertentu bagi mempersiapkan rahimnya untuk menjalani proses terpenting dalam rawatan IVF iaitu Frozen Embryo Transfer (FET).
Antara cabaran yang perlu dilalui oleh pengasas NOIR ini adalah kesukaran untuk tidur, pening kepala, susah untuk bangun serta mood swing. Akui Madammu, kesemua kesukaran yang dirasai itu sedikit-sebanyak mengganggu kerja hariannya.
“Pernah suatu ketika, Madammu dah get ready nak ke office, tetapi last minute Madammu boleh pula batalkannya. Jadi, meeting yang Madammu perlu hadiri pada hari tersebut terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir. Ini semua penangan daripada ubat hormon yang Madammu perlu ambil.”
“Emosi Madammu sepanjang menjalani rawatan IVF banyak ‘naik-turun’. Bukan mudah dari sudut kesihatan fizikal dan juga mental.
“Banyak perasaan yang bercampur-baur, dalam bahagia, sedih, letih, marah dan sebagainya. Madammu melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami, anak-anak serta staf yang banyak memahami dirinya.
“Bukan mudah untuknya mengawal perasaan tetapi orang-orang di sekeliling yang positif dan sentiasa memberi sokongan kepada Madammu banyak memberi kekuatan,” ujarnya yang turut mengalami perubahan emosi sepanjang menjalani proses ini.
Biarpun diuji begitu, sokongan dari keluarga dan staf memberi kekuatan buat Madammu untuk menjayakan majlis tersebut. Madammu menunjukkan dirinya yang positif, ceria penuh gelak tawa di sebalik kesakitan dan tangisan yang disembunyikan.
Perjalanan Sukar Penuh Berliku
Madammu berkata apabila dirinya sudah memulakan rawatan IVF, dirinya mahu menamatkannya biarpun penuh dugaan yang mencabar.
Cabaran IVF yang dilalui setiap individu tidak sama, buat dirinya sendiri dia terpaksa membuang tiub fallopian, mengambil pelbagai jenis suntikan dan terpaksa makan pil hormon tertentu yang banyak mengganggu emosinya.
“Menjelang 7 hari terakhir sebelum menjalani proses rawatan kemuncak IVF iaitu FET ini, Madammu perlu mengambil ubat jenis ‘insert’ pula. Untuk pengambilan ubat ini, ia telah membuatkan pergerakan Madammu sangat terbatas.”
“Untuk melalui proses FET, Madammu telah mempersiapkan diri dari segi fizikal, mental dan emosi terutamanya untuk bed rest. Madammu perlu bed rest dalam 10 hari pertama sebelum berjumpa dengan doktor pada tarikh 11 Oktober 2022.
“Pada tarikh ini bakal menentukan keputusan positif atau sebaliknya,” tambahnya memberitahu jika berjaya mendapat berita ‘gembira’ atau keputusan yang ditunjukkan itu nanti positif,’ ia menandakan kandungan Madammu sudah mencecah 5 minggu.
Ternyata segalanya sudah ditentukan oleh Allah. Dirinya sah mengandung 5 minggu hasil prosedur IVF yang dilakukan. Ketika ditanyakan kepada Madammu apa perasaannya setelah disahkan keputusan positif, dia mengatakan bahawa perjalanan IVF ini tidak mudah.
“Orang cuma tahu pengorbanan isteri bila melalui proses ni, tapi sebenarnya suami memainkan peranan yang penting. Banyak memberi semangat dan sentiasa bersabar dengan situasi emosi saya yang tak stabil.
“Tambah lagi ketika pengambilan pil hormon. Berubah-ubah emosi, tapi suami seorang yang sangat tenang dan sabar melayan saya. Buat masa sekarang kalau scan tidak nampak apa-apa dan akan membuat rawatan susulun minggu berikutnya,” ceritanya lagi.
Memandangkan kehamilan masih di peringkat awal, pasangan ini disarankan untuk datang semula dalam tempoh seminggu untuk membuat imbasan ultra bunyi.
“Kalau nak scan sekarang, memang tak nampak apa lagi. Jadi sebaiknya datang semula minggu depan. Untuk pengambilan ubat, teruskan pil hormon sehingga usia kandungan 10 minggu ya. Lepas tu kita akan mulakan dengan vitamin-vitamin lain. Jagalah diri, jangan lasak sangat. Work from home,” pesan pakar yang merawatnya.
Kredit: Pa&Ma
Artikel Lain: Diet Biasa Tak Menjadi, Akhirnya Melly Geoslew Pilih Buat Bariatrik. Dah Berusia Mahu Jadi Lebih Sihat!