Berusia 42 tahun, Wan Sharmila memilih imej muslimah yang cukup menjaga auratnya. Simple tetapi nampak awet muda dan sopan. Pendek kata, layak untuk dijadikan idola melihat penampilannya yang terkini.
Pelakon yang berbakat besar ini telah banyak membintangi drama, telefilem, serta filem tempatan. Antara drama bersiri popular lakonannya adalah Emil Emilda, Tari Tirana, 7 Hari Mencintaiku dan lain-lain.
Baru-baru ini, di laman tiktok milik kelab peminat Wan Sharmila, mereka memuat naik satu video yang meraih perhatian ramai. Video tersebut meraih 475 ribu jumlah tontonan, 49 ribu tanda suka dan 6 ratus komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan suasana Wan Sharmila ketika di tanah suci Makkah dan Madinah.
@wanshivyr1z #wansharmila || #fyp #foryou #esekeli ♬ Law `Ala Albi – Muhajir Lamkaruna
Pada ruangan komen pula, peminat meluahkan rasa syukur kerana Wan Sharmila antara artis yang terus berjuang untuk istiqamah selepas mengambil keputusan untuk berhijrah dahulu. Mereka juga mengatakan bahawa lebih menyukai penampilannya yang sekarang kerana kelihatan lebih ayu dan sopan.
“Antara artis yang paling aku obsessed dengan hijrahnya. Semoga istiqamah selalu buat Wan Sharmila, love sangat”-kata mereka
“Alhamdulillah, berserinya muka Wan Sharmila”-tulis mereka
“Janji tau dengan kitaorang dengan Allah, yang hati akak takkan berubah, takkan berpaling macam yang lain. kami suka tengok akak macam ni”
-ujar mereka“Yang baik itu baik dikekalkan dalam mencari husnulkhotimah. Insyaallah amin”-tambah mereka
“Betul tu, makin suka tengok dia selepas hijrah makin cantik”-tulis mereka
Rapi doakan semoga Wan Sharmila sentiasa istiqamah dengan penampilan yang dipilih dan dikurniakan kebahagiaan serta ketenangan dalam penghijrahannya.