Start Diet Bila Lutut Sakit & Mengah. Hasilnya Boleh Duduk Silang Kaki & Sarung Baju Saiz M!

Share

Tidak dinafikan perjalanan diet seseorang itu tidak mudah seperti disangka. Lagi-lagi jika seseorang itu sukar untuk mengawal nafsu makan atau orang sekeliling yang tidak memberi sokongan.

Namun jika ada usaha berterusan dan disiplin tinggi, tidak mustahil perjalanan diet itu dipermudahkan dan akhirnya berjaya dapat berat ideal.

Seperti perkongsian Lili Suraya Adnan yang berjaya mendapat berat ideal setelah hampir empat tahun melakukan diet.

Menurutnya dia start diet pada April 2018 apabila mula sakit lutut dan jadi cepat mengah. Malah dia juga akui tidak dapat untuk mengejar anak-anak apabila berjalan bersama kerana saiz fizikal terlalu besar.

Memikirkan masalah ini dia akhirnya nekad untuk berubah dengan mula menolak pengambilan makanan dan minuman yang merepek.

Artikel Lain: Lepas 3 Bulan Berjaya Dapat Berat Ideal. Gadis Ini Kongsi 20 Menu Diet Diamalkan!

Dia juga mua menjaga pengambilan kalori dan start join mana-mana grup exercise yang berkaitan. Maklumlah katanya jika seorang perjalanan diet memang tidak akan ke mana.

Tambahnya lagi walaupun perjalanan dietnya perlahan tetapi ada perubahan. Untuk mengetahui saiz saudh mengecil atau tidak adalah dengan melihat lubang pada tali pinggang.

Biarpun beratnya susah nak turun walaupun sudah diet dan latihan exercise 4-5 kali seminggu tetapi dengan penanda lubang baru berkenaan jadi tanda ada perubahan fizikal. Dia juga berkata penimbang bukanlah kayu pengukur segala-galanya.

Perubahan paling menggembirakan apabila dia membezakan gambar raya tahun sebelumnya apabila sebelum itu beratnya 94KG tetapi pada tahun lalu beratnya capai 69KG.

Ternyata dia berjaya melenyapkan 24KG untuk mengenakan persalinan menarik raya tahun lalu. Dia kelihatan langsing dengan penampilan baru yang sangat berbeza dari sebelumnya.

Artikel Lain: Sering Diejek Berisi & Kulit Kusam, Wanita Nekad Belajar Ilmu Diet. Berjaya Lenyapkan 26KG Dalam 5 Bulan!

Satu lagi yang paling ketara ketika saiz badannya besar, mahu duduk silang kaki juga agak payah berbanding ketika saiz badan sudah mengecil.

Akhirnya yang lebih menggembrakan, dia yang dulunya menyarung baju saiz XXL kini sudah boleh mengenakan baju bersaiz M dan kadang-kadang S.

Pesannya pada orang lain, tiada yang mustahil untuk berubah, apa yang penting usaha berterusan untuk mendapat hasil terbaik. Antara tipnya tidak jemu buat exercise (4-5 kali seminggu) dan juga diet makanan (kira kalori defisit) diambil.

Berkat usaha berterusan selain memakai baju saiz, M ukuran pinggang juga berubah menjadi sekitar 32-33 sahaja.

Artikel Lain: Menangis Tengok Saiz Badan Dulu, Gadis Ini Dedah Rahsia Berjaya Dapat Berat Ideal

Published by
Siti Zurina Mat Saman