Solekan Nipis Macam Artis Korea, Simple Tapi Nampak Manis!

Share

Nak cantik macam artis Korea, orang kita tak perlu sampai buat pembedahan wajah menghabiskan duit poket beribu tetapi cukup jika anda tahu rahsia pemakaian skincare harian dan gaya mekapnya yang ringkas.

Haa… anda perasan tak, kebanyakan artis Korea memang terkenal dengan buat pembedahan wajah namun kita boleh ambil dari sudut lima perkara ini bagi menaikkan seri wajah seperti mereka.

Cantik Macam Artis Korea, Simple Tapi Nampak Manis!

MEKAP NUDE

Mekap mereka bila dilihat seperti tidak pakai mekap, nampak sangat natural

 atau asli. Tapi sebenarnya mereka juga memakai mekap cuma mereka menggunakan mekap natural sahaja agar kelihatan asli. Untuk dapatkan kesan mekap natural perlu gunakan warna mekap yang natural juga. Sebagai contoh, penggunaan eyeliner hitam atau coklat untuk mata, pemerah pipi kekal dengan warna merah jambu atau oren. Bagi bibir pula, gunakan gincu yang nipis. Untuk wajah gunakan BB Cream atau CC Cream yang hasilnya kelihatan lebih natural berbanding dengan menggunakan foundation.

 KANTUNG MATA

Rata-rata wanita mahupun lelaki sangat menyukai trend aegyo sal (kantung mata)yang mampu membuatkan mata lebih besar dan galak. Ada tiga cara bagi mendapatkan aegyo sal iaitu cara operasi, solekan dan juga membeli alatan khas.

KULIT PUTIH, CERAH DAN BERCAHAYA

Sememangnya kita tahu orang Korea dan pembedahan plastik tidak dapat dipisahkan. Mereka mungkin mengambil suntikan khas bagi mendapatkan kulit wajah yang glowing

. Kerana tiada yang mustahil di Korea. Namun, bagi memastikan ianya berterusan, mereka juga perlu melakukan rawatan kulit muka. Teknik solekan juga mampu menghasilkan kulit wajah yang glowing, anda boleh aplikasikan BB Cream atau CC Cream yang sesuai dengan muka.

BIBIR MERAH MEREKAH

Jika anda lihat di kaca televisyen, pasti anda cemburukan bibir merah merekah mereka. Macam mana ingin dapatkan bibir sedemikian? Senang sahaja, anda boleh dapatkan lip tint ataupun gincu cuma kesan lip tint lebih kekal lama berbanding gincu.

Ada pelbagai jenis lip tint dijual di pasaran, salah satu yang popular di Malaysia ialah jenama Peripera yang boleh anda dapatkan di Guardian mahupun Watson. Hanya perlu pakai di bahagian dalam bibir, kemam dan lihat perubahan bibir anda ikut warna yang anda pilih. Anda tidak perlu lagi mengenakan gincu bibir bila mengenakan 

lip tint. 

KENING TEBAL DAN RATA(TIADA BENTUK)

Trend kening Korea adalah tebal dan rata. Kening sebegini mampu membuatkan wajah nampak lebih manis dan jelita. Kadang-kala kening tebal dan rata ini persis watak animasi Sin Chan.

Selepas ini anda pun boleh lah perlahan-lahan belalar solek wajah nampak gaya ala artis Korea. Dengan menggunakan aplikasi mekap yang ringkas, terutama bahagian bibber dan kening, pasti air rajah anda nampak manis!

Published by
Nadia