Baru-baru ini pelakon jelita, Sherry Ibrahim ada muatnaik hantaran video pendek memaklumkan tentang dirinya yang mahu kembali aktif melaksanakan senaman selepas seminggu demam dan mengalami gangguan kesihatan.
Ini satu gaya hidup yang bagus untuk diamalkan berterusan, nak-nak bab pengambilan makanan.
Menurut pelakon wanita ini, dia cuba jaga makan dan keluarkan peluh selepas baik daripada demam.
“Nak mula bersenam balik selepas seminggu demam, selsema dan batuk yang paling lama setakat ini. Sebab makan banyak itu je dah sangat kenyang.
“Jadi pembaziran makanan adalah tidak baik sebab itu saya bahagikan siap-siap,” tulis Sherry ringkas.
Menerusi hantaran video berkenaan dapat dilihat Sherry yang sedang menikmati juadah makan tengaharinya iaitu Ayam Goreng Kunyit bersama nasi putih.
Apa yang menarik perhatian, kuantiti karbohidrat iaitu nasi yang diambil oleh Sherry yang sedikit dan boleh dikatakan tidak sampai segenggam. Malah, meskipun kuantiti sedikit, nasi berkenaan kelihatan seperti tidak terusik.
Dalam satu siri hantaran yang berasingan, Sherry mendedahkan bahawa dengan pengambilan nasi yang sedikit itu pun sudah cukup membuatkan dia merasa kenyang.
Jadi tidak hairanlah jika, bekas pramugari ini mampu mengekalkan penampilan tinggi langsing sekaligus menjaga kejelitaaan dirinya.
Nampak tak usaha orang yang mahu menurunkan berat badan? Jadi kalau anda rasa nak sangat pakai baju saiz kecil, boleh cedok cara yang diamalkan aktress jelita ini.
Ya, konsepnya boleh makan semua tetapi dengan jumlah yang tidak melampau. Semoga anda pun berjaya mendapatkan berat idaman!