Sakit Perut Sampai Sukar Bergerak Punca Jalani Pembedahan Apendiks. Uyaina Mohon Baby Sihat!

Share

Baru saja umumkan kehamilan anak sulungnya baru-baru ini, namun dikhabarkan pelakon dan pengacara Uyaina Arshad telah selamat menjalani pembedahan membuang apendiks di sebuah pusat perubatan di Shah Alam Isnin lalu.

Dalam perkongsian di laman Instagramnya, Uyaina yang kini hamil trimester pertama memberitahu dia mengalami sakit pada bahagian bawah perut sebelum dibawa suaminya, Raja Syahiran mendapatkan rawatan.

Artikel Lain: Pernah Alami Komplikasi Jantung Buat Uyaina Harga Kesihatan. Ini Rahsia Tampil Cantik & Berseri Di Majlis Nikah!

“Bangun tidur semalam terus rasa sakit sangat pada bahagian bawah kanan perut hingga susah hendak bergerak.

“Suami terus bawa saya ke pusat perubatan dan saya ditahan di wad sebelum pembedahan,” ujar Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad.

Menurutnya juga dia bersyukur kerana dapat mengesan lebih awal apendiksnya yang dialami dan dapat menerima rawatan sebelum keadaan jadi lebih parah.

Tambah Uyaina dia bertuah kerana apendiks ini belum pecah dan pembedahan tersebut berlangsung tanpa sebarang komplikasi.

Artikel Lain: “Susah Bernafas & Demam Menggigil Sampai Merangkak Ke Toilet” – Uyaina Arshad Positif Covid-19 & Kena Tahan Di Wad

“Saya bertuah kerana apendiks itu belum pecah. Jika tidak tak tahu apa terjadi. Syukur juga pembedahan berjalan lancar,” katanya yang kini hamil 3 bulan dan memberitau kandungan berada dalam keadaan baik.

Uyaina juga turut memohon doa agar dirinya diberi kesembuhan segera. Pasangan ini yang mendirikan rumatangga pada 20 Disember lalu teruja pertama kali menyambut Syawal dan Ramadan sebagai seorang isteri dan bakal ibu.

Artikel Lain: Elak Jadi Mangsa. Doktor Kongsi Tip Beli Juadah Di Bazar Ramadan Elak Keracunan Makanan

IKLAN