Rupa Cantik Dan Badan Slim, Puan Syamim Farid Kongsi Tip Elak Perut Buncit

Share

Dikurniakan wajah yang cantik dan badan yang slim, ini satu anugerah buat Puan Syamim Farid. Pastinya beliau juga mempunyai cara tersendiri untuk kekalkan tubuh badan yang sihat dan ideal.

Jom, ketahui cara To’ Puan Syamim Farid mengekalkan tahap kesihatan dan gaya pemakanannya. Boleh kita turut amalkan untuk sihat dan jaga perut elak buncit.

Puan Syamim Farid Tak Ambil Ayam Atau Daging

Selain dianugerahkan dengan rupa paras yang menawan dan bakat semula jadi, To’ Puan Syamim Farid memiliki badan yang tinggi lampai pastinya menarik perhatian setiap mata yang memandang.

Dia pernah mendedahkan dirinya sudah lebih 10 tahun tidak mengambil nasi dalam diet hariannya. Isteri kepada YM Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardi Esfandiari Al-Haj yang merupakan kerabat diraja Selangor ini juga mendedahkan, beliau juga tidak mengambil ayam serta daging kerana ingin menjaga kesihatan.

“Ayam, daging, makanan berminyak dan gula juga saya pantang” jelasnya.

“Satu perkara tentang saya, bila saya dah mula sesuatu, saya akan buat betul-betul. Disiplin diri. No cheat day. Nak berhenti makan sesuatu tu memang susah. Tapi fikir tentang diri sendiri, awak jaga diri, jaga makan, bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. Kalau sayang diri, makan makanan berkhasiat,” tambah beliau.

Maka tidak hairan lah jika beliau tampak sentiasa ayu dan terjaga penampilannya.

Dah Tak Selera Makan Nasi

Dia turut berkongsi di instagram story pada awal permulaan diet memang agak sukar tetapi sekarang sudah menjadi kebiasaan buat beliau sehingga melihat nasi juga sudah tidak berselera.

Beliau juga turut menjelaskan punca tidak mengambil nasi dalam diet sehalian beliau apabila sudah mula bersenam di gim. “Bila you dah start workout and you dah build your muscles especially ABS, you akan jaga makan because you akan rasa rugi if tak makan healthy food,” tambahnya.

“Untuk sentiasa tampil sihat, saya amat menitik beratkan soal permakanan. Bahkan, saya tidak makan nasi dan mengamalkan Pescatarian Diet. Selain itu, saya juga akan bersenam untuk mengekalkan tahap kesihatan yang maksimum,” jelasnya.

Tip Elak Perut Buncit

Antara tip yang beliau amalkan untuk mengelakkan perut buncit ialah tidak akan minum air semasa atau selepas makan.

Menurutnya, dia hanya minum selepas 1-2 jam selepas makan, Kemudian, beliau juga menegaskan akan duduk, jalan atau berdiri selama 2 jam sebelum baring atau tidur untuk membantu proses penghadamannya.

Begitulah disiplin yang anda perlu buat bila mahu jaga penampilan dan buang masalah perut buncit. Jika nekad, apa salahnya, bukan? Cantik dan sihat itu satu cara untuk bahagiakan diri sendiri juga.

Kredit Instagram: Syamim Farid

 

Published by
Nadia