Pesan Bella Astillah, “Jaga Pemakanan, Badan Nak Pakai Lama..”

Share

Terpesona melihat kecantikan semula jadi Bella Astillah, walau mempunyai dua anak tubuh badannya persis anak dara.

Berumur 29 tahun, isteri kepada Aliff Aziz ini cukup pandai menjaga penampilannya dan wajahnya.

Benarlah bagai dikata, orang berbadan kecil molek ni selalunya nampak muda dan persis anak dara, kan?

Tip Cantik Bella Astillah

Pemilik nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah ini aktif sebagai pelakon, penyanyi dan usahawan.

Bella Astillah dan Aliff Aziz berkahwin pada tahun 2016. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean (5 tahun) dan Ara Adreanna (3 tahun).

Nak tahu apa rahsia cantik Sumandak Sabah ini? Ini perkongsian Bella Astillah untuk anda nak sihat dan kekalkan tubuh badan yang slim.

“Pertama sekali kita kena stress free atau kurangkan stres. Kena jaga diri kita sebab nak ‘pakai’ badan kita ni lama. So jangan stres-stres.

“Seterusnya, jaga pemakanan. Pilih makanan-makanan yang menyihatkan. Kalau nak cheat day pun sekali sekala saja.

“Rancang masa berkualiti kita bersama keluarga. Lakukan aktiviti riadah bersama-sama.

“Minum air kosong secukupnya. Kurangkan air yang bergula atau bersoda.”

Elakkan Diri Daripada Orang Yang Buat Kita Stress

Namun apa yang penting bagi Bella Astillah, untuk tenang dan bahagia kita berhak untuk mengelakkan diri daripada mereka yang boleh menjejaskan kesihatan mental.

“Kita berhak merehatkan diri dari apa-apa yang membuat sakit. Kita berhak menghindari diri dari orang-orang yang membuat mental down. Itu adalah kebahagiaan dan ketenangan kita.”

Jadi, kalau anda rasa nak kekal tubuh badan yang cantik, boleh lah amalkan tip daripada Bella Astillah ini. Ada anak pun, tidak langsung menjadi halangan untuk jaga badan. Bukan untuk orang lain tetapi lebih kepada diri sendiri.

Kredit Foto: Instagram Bella Astillah

Published by
Nadia