Pernah Kena Body Shaming, Shila Hamzah Gembira Dapat Berat Ideal Sebelum Masuk Tahun Baru

Share

Tak mudah nak dapatkan berat ideal, nak-nak perempuan yang sudah berkahwin dan bersalin. Ini satu fasa yang agak sukar bagi yang melalui masalah berat badan.

Baru-baru ini, satu ciapan gembira dinaikkan oleh penyanyi, Shila Amzah apabila dia dapat menurunkan berat badan sebelum memasuki tahun baru, 2023.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 32, teruja dapat menghilangkan berat badan sebanyak 14 kilogram. Hah, bukan sedikit tu ya!

Dapat Berat Ideal, Shila Hamzah Gembira

Bagi Shila sendiri, ini bukanlah sebuah perjalanan yang mudah untuk mendapatkan semula berat badan yang ideal.


 “Saya bersyukur dapat meninggalkan 2022 dengan menghilangkan berat 14 kilogram.

“Saya telah berjanji pada diri sendiri untuk menjaga diri dan saya telah melakukannya pada tahun 2022.

“Saya berjaya melakukannya dalam menempuh segala kesakitan dan halangan.

“Alhamdulillah untuk setiap kemenangan dan setiap kemenangan kecil turut dikira,” tulis Shila.

Dia yang menjadi mangsa body shaming sebelum ini, akui pernah terfikir untuk melakukan prosedur memasuki belon dalam perut, tetapi membatalkan hasratnya kerana risau akan memberi kesan kepada vokalnya.

Jika dilihat di ruangan komen, ramai pengikutnya dan juga rakan selebriti menitipkan kata-kata semangat untuk dirinya.

Syok ya, bila usaha keras untuk turunkan berat membuahkan hasil! Anda pun boleh teruskan semangat untuk kuruskan badan, yang penting jangan putus asa.

Published by
Nadia