Penampilan Amyra Rosli Tarik Perhatian, Nampak Lebih Manis Dan Sopan

Share

Sejuk mata mamandang pelakon, Amyra Rosli yang berpenampilan menutup aurat, bertudung labuh dan memakai jubah. Memang terserlah keayuan dan terserlah auranya sebagai wanita solehah.

Baru-baru ini kehadiran isteri aktor Amar Baharin ke sebuah majlis ilmu nyata menarik perhatian para tetamu dan peminat setia.

Penampilan Amyra Rosli Tarik Perhatian, Nampak Lebih Manis Dan Sopan

Berkongsi momen istimewa itu di media sosial miliknya, Amyra yang anggun mengenakan persalinan jubah rona Aqua cukup manis dipandang. Ini menyerlahkan lagi sisi elegan dan perwatakan wanita muslimah sejati.

 

Foto yang dimuat naik itu mendapat pujian ramai. Bukan hanya terpesona dengan kecantikan Amyra bahkan mereka turut menyenangi perwatakan jelitawan tersebut yang berbudi pekerti tinggi.

Kongsi Amyra dalam gambar berkenaan, “She’s imperfect but she tries. Thank you kak Umie Aida bagi peluang sebaris dengan insan-insan hebat. Banyak perkongsian yang dapat Myra manfaatkan daripada majlis ilmu ni. Alhamdulillah.”

Suka Makan Manis Tapi Kontrol Dengan Cara Sendiri

Pernah berkongsi tentang pemakanan, Amyra memang suka makan manis-manis macam aiskrim. Tapi bila rasa macam body ada yang tak kena, Amyra akan reduce gula selama 3 hingga 4 hari. Tidak lah terus elakkan. Tetap makan tapi dia kawal semua itu bila badan mula rasa tak best

.

Untuk info, Amyra atau nama sebenarnya Nur Amirah Izzati Rosli kini meniti usia 32 tahun mendirikan rumah tangga dengan Amar Baharin pada tanggal 11 November 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu anak lelaki Aqeef Anaqi dan anak perempuan Ayra Aryssa.

Published by
Nadia