Sebut saja nama Datin Maria Arshad, pasti akan mengingatkan kita kepada penampilannya yang masih cantik serta awet muda biar pun sudah berusia dan berstatus nenek.
Kalau tengok sahaja tubuh badannya yang langsing, kalah anak dara!
Menjengah ke akaun Instagram peribadi menantu kesayangan Datin Maria Arshad iaitu pelakon serta penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah atau Shiera, tergambar hubungan yang cukup baik antara mentua dan menantu ini umpama isi dengan kuku.
Beruntungnya Shiera kerana disayangi dan sangat serasi dengan mertuanya itu yang dipanggil Mama.
Rahsia Awet Muda Datin Maria Arshad
Shiera mendedahkan rahsia sebenar awet muda ibu mentuanya itu: –
“Kalau orang tanya apa rahsia…
“Dia rajin puasa dari muda sampai sekarang. Puasa Isnin khamis.. puasa hitam putih memacam puasa semua dia memang rajin puasa.
Cerita Shiera berkenaan mentuanya, rawatan-rawatan moden macam suntik sana sini memang mak mentuanya tak pernah buat dan tak berminat pun. Baginya biar cantik semula jadi, jangan halang proses penuaan yang sememangnya pasti terjadi. Yang penting kena pandai jaga untuk maintain
.Shiera bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang masih sihat, bertenaga dan cantik sampai sekarang walaupun usianya dah mencecah 60-an.
Ini antara yang dia amalkan:
1. Lepas makan setengah jam jangan duduk.
2. Party dengan kawan perempuan…holiday…positive live.
Tak ketinggalan, Shiera turut memuji ibu mentuanya yang rajin memasak.
“Dan rajin masak untuk menantu dan kengkawan menantu.”
Shiera merupakan ibu kepada lima anak. Isteri kepada pelakon, Ijoy Azhari ini bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang masih sihat, bertenaga dan cantik.
Untuk info, Datin Maria Arshad dilihat mengusahakan bisnes keknya secara kecil-kecilan di bawah jenama By CitarasaMariaArshad.