Noor Nabila Amal Petua Cantik Ibunya, Cukup Pantang Kalau Tak Cuci Muka

Share

Manis dan cantik orangnya, Noor Nabila Mohd Noor yang merupakan kakak kepada selebriti, Neelofa memang mempunyai aura ibu yang menarik.

Kalau dilihat dari segi penampilan dan kulitnya, dia layak dikatakan rajin membelai tubuh badannya walau sudah bergelar ibu dan isteri.

Namun apa yang menjadi tumpuan, Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd ini adalah kecantikan yang dimilikinya seolah-olah ‘disemai’ dari peringkat awal remaja lagi. Lihat lah adik beradik perempuanya yang lain, juga dianugerahkan kulit yang sihat dan cantik.

Noor Nabila Amal Petua Cantik Ibunya, Cukup Pantang Kalau Tak Cuci Muka

Haaa… kalau nak tahu, sebenarnya Nabila pernah berkongsi rahsia cantik yang diamalkan oleh ibunya menerusi portal Nona.

Kredit Foto: IInstagram Noor Nabila.

Ini yang diamalkan Nabila termasuklah petua yang diamalkan Mama kesayangannya, Datin Noor Kartini atau Datin Tini.

Berusia 50an, Datin Tini yang merupakan ibu 9 anak masih nampak awet muda sampai sekarang. Patutlah anak-anak perempuannya cantik manis semuanya!

Kredit Foto: IInstagram Noor Nabila.

“Salah satu petua yang selalu diamalkan oleh Mama ialah suka makan madu. Kalau rutin kecantikan pula, Mama paling pantang kalau kami tak cuci muka bersih-bersih.

“Bagi Mama kulit kena jaga betul-betul terutamanya muka. Bersih luar dan dalam. Itulah antara petua yang dikongsi oleh Mama dengan kami adik beradik.”

Kredit Foto: IInstagram Noor Nabila.

Untuk info, Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada tahun 2017 namun bercerai pada Julai 2020.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.

Kredit Foto: IInstagram Noor Nabila.

Jadi kalau anda yang nak kulit cantik walau umur dah berusia, kenalah rajin dari muda ya. Mulakan dari asas dengan pakai pencuci muka, pelembap dan sunscreen. Inshaa Allah kulit anda akan lebih sihat dan glowing macam Nabila

Published by
Nadia