Demi King The Land, Ahn Se-Ha Usahakan Hilang Berat Hampir 9kg

Share

Drama King The Land menjadi bualan ramai apabila jalan ceritanya cukup menarik, dengan diselit elemen komedi oleh pelakon, Ahn Se-Ha yang memegang watak sebagai Noh Sang-Sik iaitu kawan dan sekali gus menjadi Setiausaha Gu Won (Lee Jun-Ho) yang sangat lucu.

Dia yang berumur 37 tahun, cuba kelihatan kemas seperti Lee Jun-Ho untuk selarikan dengan watak yang dipegang sebagai pekerja hotel.

Demi King The Land, Ahn Se-Ha Usahakan Hilang Berat Hampir 9kg

Terdahulu di dalam temubualnya, Ahn Se-Ha membuka cerita bahawa dia sepenuh usaha melakukan apa yang terdayanya demi merealisasikan watak Noh Sang-Sik dalam King The Land.

“Sebelum saya mendapatkan jalan cerita tersebut dan bertemu dengan para pelakon, berat badan saya turun sekitar 4 kilogram dan sebelum memulakan penggambaran berat badan saya turun lagi sekitar 5 hingga 6 kilogram.”

“Saya berjaya untuk menurunkan berat badan sekitar 9 kilogram supaya kelihatan segak ketika memakai suit lengkap di dalam pejabat yang sentiasa berada disebelah Lee Jun-Ho..”

Tak Makan Dan Selalu Bersenam

“Saya hampir tak makan, selalu bersenam dan menjaga kulit wajah serta pergi ke salon untuk kelihatan kemas dan ini adalah kali pertama selama 10 tahun saya menjadi pelakon saya melakukan perkara ini.”

“Saya ingin kelihatan kemas dan muda bahkan ketika membaca skrip dengan yang lain saya memakai Make-up”, kata Ahn Se-Ha.

Ahn Se-Ha juga memuji sikap Lee Jun-Ho yang betul-betul bekerja keras dalam memegang wataknya dan berlakon dengan penuh penghayatan dan membuatkan diri Ahn Se-Ha ingin seiring dengannya.

Usaha Ahn Se-Ha tidak sia-sia apabila watak b romance antara dia dan Lee Jun-Ho meraih perhatian ramai yang membuatkan mereka ketawa tidak kering gusi.

Drama King The Land yang baru sahaja habis sebanyak 16 episod. Episod terakhir drama tersebut mencatat ranting national yang paling tinggi anatara episod lain iaitu sebanyak 13.8%.

Haaa.. kalau anda suka genre romantik komedi dan belum tonton drama King The Land, boleh lah layan drama tersebut.

 

 

IKLAN