Sekali tengok pelakon dan penyanyi, Zarina Zainoordin ini macam umur 30an lagi tetapi realitinya umurnya sudah masuk 40-an. Pandai jaga penampilan dan agaknya apa rahsia kecantikannya?
Memulakan karier seni selaku bekas peserta program realiti TV Akademi Fantasia Musim kedua, walaupun kariernya ada pasang dan surutnya, Zarina kekal optimis dan sentiasa tenang dan ceria menjalani kehidupan.
Namun siapa menyangka, di usianya hampir menjengah 40-an, Zarina turut tidak menyangka yang dirinya masih solo dan berstatus bujang.
Menurut Zarina, dia banyak melakukan aktiviti seperti bersenam untuk mengekalkan kesihatan badan selain meminum air yang banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
Ini bertujuan untuk memudahkan proses pembuangan sisa-sisa toksin yang terkumpul di dalam badan.
“Amalan meminum air yang banyak adalah petua yang paling baik dan penting untuk diamalkan. Ia juga boleh bertindak melindungi bibir supaya tidak kering,” katanya.
Menurut sumber Harian Metro, dia pernah menjalin percintaan dari zaman sekolah lagi namun sampai sekarang masih belum mendirikan rumah tangga.
Zarina turut mendedahkan dalam kalangan ahli keluarganya, tinggal dia sahaja yang masih belum mendirikan rumah tangga.
“Adik bongsu dah ada tiga anak. Anak-anak buah pun ada yang dah bertunang. Namun saya bersyukur keluarga dan kawan-kawan okey. Saya elakkan orang yang suka kepoh hal orang. Tapi kalau orang tanya, saya jawab macam biasa. Kalau rasa sakit telan sahaja,” jelasnya.
Namun Zarina memaklumkan dia sudah mempunyai teman istimewa yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu. Pun begitu, dia dan pasangan yang berusia 52 tahun itu masih mencari waktu yang sesuai memandangkan sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Selain soal perhubungannya, turut menarik perhatian warga maya adalah wajah Zarina yang kekal nampak awet muda walaupun sudah masuk umur 40 tahun. Rata-rata peminat Zarina turut memuji akan kecantikkan wajahnya.
Kalau tengok air wajahnya memang tak di mamah usia, nampak cantik macam umur 30-an sahaja.
Kredit foto: Instagram @zarinazainoordin