Menang bergaya dengan membawa pulang pingat Perak dalam saingan acara akhir Keirin di Sukan Olimpik Tokyo sangat membanggakan kita.
Ternyata usaha selama bertahun-tahun oleh Datuk Azizulhasni Awang berbaloi walaupun sekadar meraiih Perak.
Jutaan rakyat Malaysia meraikan kejayaan ini dan anak kelahiran Dungun Terengganu ini turut mendapat ucapan tahniah dari legenda Badminton Datuk Lee Chong Wei.
Dalam hantaran di laman Instagram, Lee Chong Wei berkata seluruh rakyat Malaysia bersorak untuk beliau mendapatkan pangat Perak dan banga apabila bendera Malaysia dikibarkan di pentas berprestij ini.
Beliau juga yakin emas akan jadi milik Azizulhasni Awang ketika dalam temasya akan datang.
Namun yang sedikit mencuri tumpuan apabila beliau berkata usia Azizul sebaya pelumba yang menang pingat emas, Jason Kenny tetapi kenapa Azizul yang kelihatan lebih muda.
Beliau menambah apa rahsia yang boleh dikongsi untuk kelihatan jauh lebih muda dari pemenang utama.
Dalam pada itu Azizul juga turut dikejutkan dengan khabar gembira apabila isterinya Datin Athiah Ilyana Abd Samat sedang hamil anak ketiga mereka.
Menurut isterinya Tya hanya berkongsikan berita gembira mengenai kandungannya itu selepas Azizulhasni menamatkan perlumbaan final supaya tidak mengganggu tumpuan suaminya.
“Saya dapat tahu saya hamil selepas Azizul berlepas untuk ke Tokyo,” kata Tya.
“Saya masih di fasa awal kehamilan dan selalunya alahan saya teruk. Itu sebab saya tidak memaklumkan berita kehamilan saya kepada Azizul lebih awal. Bimbang dia risau sebab tak dapat berada bersama saya di sini.
“Biarpun tak pasti apa perancangan selepas ini kerana pandemik, saya harap Azizul dapat selesaikan semua perkara di Malaysia.
“Dapat berjumpa dengan keluarganya terlebih dahulu. Jangan bimbangkan mengenai saya di Melbourne, ada isteri John (Beasley) boleh membantu.” katanya di BH Online.
Azizulhasni pula ketika ditemubual selepas perlumbaan oleh sebuah stesyen televisyen swasta tempatan berkata, dia berlepas ke Tokyo dengan penuh berat hati memandangkan ayahnya, Awang Muda Embong yang dirawat di hospital.
“Masa perlumbaan tadi, saya teringat anak di Melbourne, isteri saya, saya tinggalkan emak ayah saya daripada umur (remaja),” katanya sebak.
“Bila tingkatan tiga, saya tinggalkan kampung, saya tinggalkan emak saya, emak saya tinggal seorang diri.
“Sebelum berlepas ke Tokyo, ayah saya berada di hospital. Adik beradik saya cakap, fokus pada Olimpik, jangan fikir mengenai ayah. Ayah saya mengalami ‘mild stroke’ saya tak ada pilihan lain. Ini bukan cabaran mudah untuk saya kali ini,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.
Sumber: Berita Harian
Artikel Berkaitan:
Kes Makin Tinggi. Doktor Izzar Pesan 3 Alat Wajib Ada Di Setiap Rumah, Untuk Pantau Tahap Kesihatan!
Kena Berhati-Hati. Kerap Bersin Tanpa Sebab Lepas Vaksin Antara Gejala Diserang Covid-19!
Gadis Kongsi Rahsia Dapatkan ‘Glass Skin’ Hanya Guna Bahan Dapur Je. Lebih Jimat & Selamat!