Nampak Lebih Muda & Kurus Lepas Kena COVID. Dr. Azizan Nekad Diet Sebab Alami Nafas Semput!

Share

Nampak Lebih Muda & Kurus Lepas Kena COVID. Dr. Azizan Nekad Diet Sebab Alami Nafas Semput! Jika sebelum ini, penampilan fizikal Pakar Pemasaran No 1 Asia dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sedikit berisi.

Tetapi ketika bertemu dalam majlis Pesona Leadership di Shah Alam, kaget melihat perubahan besar yang dialami olehnya.

Saiz badannya kelihatan lebih fit dan secara tidak langsung penampilan Dr. Azizan juga kelihatan lebih muda dan jauh berbeza.

Nampak Lebih Muda & Kurus Lepas Kena COVID

Artikel Lain: Selalu Sakit Perut & Muntah Wanita Nekad Diet Air Kosong. Lepas 41 Tahun Kekal Sihat Bertenaga!

Ketika ditanya apakah asbab pengemudi empayar RichWorks International Sdn Bhd tampil lebih langsing dan berkeyakinan, Dr. Azizan tersenyum sambil membuka rahsianya berjaya menurunkan berat badan yang dulu mencecah 138KG.

“Seperti yang ramai tahu saya pernah hampir mati disebabkan Covid-19. Dan selepas sembuh gula dalam darah naik, saya juga tidak boleh bernafas sempurna untuk beberapa bulan.

“Sebelum ini saya pernah cuba beberapa kali untuk menurunkan berat badan tetapi tidak berjaya. Macam yoyo, kejap naik kejap turun.

“Tetapi kali ini kesedaran yang Allah beri ibarat diberi peluang kedua di mana saya berada di ‘point’ yang muktamad.

“Saya perlu jaga kesihatan. Jadi saya nekad untuk memperbaiki pengambilan kalori dan lain-lain. Dan kalau saya tak cuba sekarang, bila lagi mahu berubah,” katanya yang menggunakan method sama seperti orang lain.

“Apa saja method semua orang boleh kongsi seperti diet suku-suku separuh, kurangkan pengambilan kalori, berjalan 10 ribu langkah sehari dan lain-lain.

“Semuanya ok untuk dilakukan bagi mengurangkan berat badan. Tetapi sebenarnya boleh cuba apa saja cara tetapi matlamat hanya satu. Kenalah fokus, komited, disiplin dan buat sampai habis.

“Sebenarnya saya pun tak habis buat lagi ini. Saya masih ada 20 hingga 30 kilo lagi untuk diturunkan bagi mendapat berat lebih ideal,” ujarnya yang turut melakukan workout seperti senaman muaythai jika dilihat perkongsian di laman instagram.

Melihat ramai yang mengalami masalah berat badan dan masih struggle untuk kurus, Dr. Azizan turut meninggalkan pesanan yang boleh dikongsi.

Artikel Lain: Berat Badan Naik Jadi Cepat Semput, Nak Diet Ada Gastrik. Lepas 5 Bulan, Alyah Pilih Buat Bariatrik!

Menurutnya perkara paling utama sebelum menurunkan berat badan adalah kesedaran.

“Tipnya apa-apa pun kesedaran itu perlu sangat kuat. Ini kerana jika tiada kesedaran, memang tak jadi apa. Kemudian perasaan nekad itu perlu ada.

“Saya fikir jika saya tidak menjaga tubuh badan sekarang, pasti tak akan mudah nanti. Apatah lagi usia kita yang semakin ‘muda’ Apa yang paling saya takutkan adalah masalah kencing manis akan membawa kepada dialisis.

“Lagipun saya juga sudah berusia, jadi apa-apa pun kesedaran itu amat penting. Apabila kita sudah sedar, barulah cari jalan untuk mengatasinya dan berubah,” tambahnya menambah sebelum ini bacaan kencing manisnya mencecah 12, tetapi kini hanya 5/6 saja.

Menurutnya beliau hanya mengambil nasi sedikit sahaja tetapi melebihkan sayuran dan sumber proteion seperti ayam dan ikan.

“Formula suku-suku separuh ini nasi kenalah segenggam. Saya juga memilih jalan kaki dan itu senaman paling basic dan semua orang patut buat, 30 minit hingga 60 minit sehari.

“Waktu badan masih berat saya hanya mampu jalan saja, tetapi bila dah kurang, barulah saya buat workout lain seperti angkat besi,” ujarnya yang mengambil masa hampir setahun sebelum berjaya mengurangkan berat badan.

Dr. Azizan Nekad Diet Sebab Alami Nafas Semput!

Dr. Azizan turut mengakui post covid yang dialami sangat teruk hingga hampir putus nafas dan terpaksa makan lebih banyak ubat. Bermula Oktober tahun lalu dia nekad berubah dan ketika itu sokongan semua pihak diperlukan bagi memastikan perjalanan dietnya berhasil.

Dan kini penampilannya sangat berbeza berbanding setaun lalu. Dr. Azizan kelihatan lebih langsing dan untuk maintain seperti hari ini agak susah kerana banyak makanan sedap di sekeliling.

Namun yang menjadi ketakutan padanya masalah kesihatan akan datang balik. Beliau melihat ramai mereka yang seusia dengannya meninggal dunia, jadi  berharap akan dapat konsisten dalam menjaga kesihatan.

Dalam program Pesona Leadership ini, RichWorks berkolaborasi dengan selebriti terunggul tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi dalam membentuk asas kepimpinan yang kuat dalam jati diri seorang usahawan.

Artikel Lain: Dah 43 Tahun Tapi Macam 30an. Minum 2 Liter Air Kosong Sehari, Rahsia Awet Muda Sarimah Ibrahim!

Published by
Siti Zurina Mat Saman