Nama Popular Seantero Dunia. Ini Fakta Menarik Ikon Fesyen Si Cantik Hana Tajima!

Share

Siapa tidak mengenali ikon hijab popular yang menjadi fenomena beberapa tahun lalu.

Sejak muncul dengan stail hijab lain daripada lain menjadikan Hana Tajima sering dijadikan idola bagi mereka yang berhijab.

Itu kisahnya dulu, kini Hana Tajima yang juga seorang pereka fesyen lebih selesa tidak lagi mengenakan hijab.

Kita hormati pendiriannya kerana aura figura ini sangat kuat dan jadi fenomena suatu ketika dulu.

Ini beberapa fakta menarik mengenai Hana Tajima yang berdarah kacukan Inggeris – Jepun.

Fakta Menarik Ikon Fesyen Hana Tajima

1. Namanya sangat popular dan sering diperkatakan dalam kalangan kaum wanita.

2. Gaya pemakaian hijab Hana Tajima ketika itu bersifat esentrik dan beri pengaruh besar dalam kalangan masyarakat dunia.

3. Lahir di England dan mula mengenali Islam ketika sambung pengajian di kolej. Memeluk agama Islam pada usia 18 tahun.

4. Berada dalam keluarga Hana datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya merupakan seorang wanita Inggeris.

5. Mengeluarkan baju rekaaannya bersama jenama-jenama fesyen terkenal antaranya Uniqlo.

6. Sentiasa menghargai dirinya dan mengalih tumpuannya terhadap pendapat mengatakan bahawa bertudung sebagai kayu pengukur kepada kebaikan.

7. Lebih 10 tahun mencipta identiti sebagai pereka fesyen busana Muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan.

Kredit Foto: Instagram Hana Tajima

Artikel Berkaitan:

Bella Hadid Wanita Tercantik Di Dunia, Supermodel Berdarah Palestin Miliki Dagu 99.7% Sempurna

Tapai Masak Tukar Warna Merah Dikaitkan Wanita Datang Bulan. Dengar Penjelasan Pakar!

Bahaya Duduk Lama Ketika Bekerja! Wanita Tak Sangka Sakit Bahu, Rupanya Tendon Koyak Habis!

Published by
Siti Zurina Mat Saman