Nak Kempis Perut Dengan Pantas, Ini Tip Betul Makan Nasi Secara ‘Eat Clean’

Share

Tidak dinafikan ramai antara mereka yang mengamalkan diet memilih untuk diet eat clean atau suku-suku separuh.

Dan bagi mereka yang konsisten melakukan diet ini pasti akan mendapat hasil yang diingini.

Ada juga yang sudah buat tetapi hasilnya agak lambat dan ada juga yang tidak menjadi.

Sebenarnya ada beberapa tip boleh diikuti untuk mereka yang mengamalkan makan masi secara eat clean ini.

Artikel Lain: Terus Cut Sugar & Buat Diet ‘Eat Clean’ – Rahsia Pantas Gadis Ini Kembali Langsing

Sebelum itu kena tahu apa itu eat clean, iaitu makan whole food dan bukannya proses food. Makan nasi bukan bihun atau segala macam mi.

Tip Diet Eat Clean Menjadi

Saya ada terbaca 1 pos ni soalan dia nk turunkn berat badan 10kg dlm msa seminggu..huhuhu. saya makan SUKU SUKU SEPARUH dengan cara eat clean pon sebulan lebih jugak nak 10kg.

TIPS MAKAN NASI SECARA EAT CLEAN

EAT CLEAN adalah perkara yang paling penting dalam Proses Turun Berat Badan. Tidak guna bersenam bagai nak rak siang malam kalau makan “TIDAK CLEAN”.

APA ITU EAT CLEAN?

– Makan whole food bukan proses food. Maksudnya makan ikan, bukan bebola ikan. Makan nasi bukan bihun, mee.

– Tiada minyak, gula, sos dan serbuk perasa.

– Makan seimbang semua kumpulan dalam piramid makanan bukan makan protein sahaja.

– Makan 4-5x sehari ikut keperluan kalori badan.

Artikel Lain: Hilang 30KG Dalam Masa 24 Bulan. Wanita Amal Diet Eat Clean & Buat Aktiviti Senaman Indoor/Outdoor!

MAKANAN YANG DI HARAMKAN SEMASA PROGRAM EAT CLEAN.

– Semua makanan bergoreng

– Pastry, kek, desert, biskut, coklat, aiskrim

– Semua jenis air manis

– Processed food Nugget, Hotdog

– Fast food KFC, MCD, PIZZA

– Semua jenis sos dan kicap

– Kerepek, kekacang yang bersalut

EAT CLEAN bukan sahaja dapat membantu mempercepatkan proses turun berat badan tetapi membantu badan kita MEMBERSIHKAN diri dari HIGH FAT dan HIGH SUGAR food yang selama ini menjadi makanan ruji kita.

EAT CLEAN MENGEMPISKAN PERUT!

Ya sangat betul! Selama ini puas buat senaman dan makan pelbagai ubat kurus untuk kempiskan perut tetapi tidak berkesan?

Semua berbalik kepada makanan dan minuman kita.

Jangan mengeluh badan naik baju ketat kalau masih lagi mengendong air manis, mengunyah cekodok pisang, menyudu char kuew tiaw.

Antara Menu Diet Eat Clean:

Sumber: Salmah Pa Via Diet Suku Suku Separuh

Artikel Lain: Konsisten Buat Diet ‘Eat Clean’ & Suku-Suku Separuh, Hasilnya Gadis Ini Dapat Berat Idaman

Published by
Siti Zurina Mat Saman