Terserlah keayuan pelakon, Intan Ladyana walau sudah mempunyai anak tetapi auranya tetap memikat pada siapa sahaja yang memandang.
Sekali tersenyum, memang manis orangnya. Menyentuh soal kecantikan dan penampilannya, isteri kepada pelakon dan pengacara, Harris Alif ini dilihat ada berkongsi rutin penjagaan wajahnya di laman instagram.
Penjagaan wajah memerlukan kesabaran dan kerajinan untuk hasilnya. Jadi anda boleh mengikuti rutin kecantikan asas seperti Intan untuk menghilangkan masalah cela di wajah. Maklum lah, apabila usia semakin meningkat kolagen juga akan semakin berkurang.
Pernah berkongsi tip cantik di laman Eh!, Intan memulakan regim kecantikannya dengan menggunakan penanggal solekan kerana setiap hari pasti akan ada secalit solekan di wajah, walau senipis mana bedak asas.
Kemudian, dia akan gunakan pencuci dan urut perlahan wajah agar peredaran darah bergerak seimbang. Owh ya, tak lupa gunakan toner juga ya! Kemudian baru sapu pelembap wajah. Akhir sekali, item paling wajib adalah krim pelindung tabir suria. Barulah lengkap ‘makanan’ untuk kulit.
Berbicara mengenai penghijrahannya, Intan menyatakan bahawa dia perlu menjadi lebih peka dan memilih dalam menerima tawaran berlakon. Ini kerana, perubahan imejnya harus selari dengan jenis watak yang akan dilakonkan.
Sekadar info, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dalam sebuah majlis yang mematuhi prosedur operasi standard ketat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Kredit gambar: Intan Ladyana