Hampir 10 tahun menderita kanser darah atau Limfoma, siapa sangka penghujung tahun lalu penyayi Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 35 tahun dikhabarkan sudah bebas dari penyakit berkenaan.
Perkara menggembirakan ini disahkan sendiri oleh doktor bahawa dirinya sudah pulih dan bebas dari kanser limfoma tahap empat.
Malah perbezaan ketara sepanjang tempoh itu selain dirinya tampak lebih sihat dan ceria, berat badannya juga turut bertambah.
Artikel Lain: Masalah Gastrik Serius Punca Alyah Jalani Prosedur Bariatrik. Nak Sihat Bukan Untuk Cantik!
“Iya, berat badan saya bertambah. Salah satu sebab adalah steroid dan selera makan saya sudah datang balik.
“Jadi, daripada berat badan hanya 35 kilogram (kg), sekarang sudah mencecah 60 kg. Sejujurnya, saya tidak berpantang makanan dan disebabkan itu, ramai netizen mengecam saya,” katanya memberitahu pada lima tahun pertama menghidapi kanser, dia mengamalkan pantang.
Bercerita lanjut, Elyana berkata, pada lima tahun pertama menghidapi kanser, dia mengamalkan pantang.
“Tetapi saya jadi lemah. Mental turut terkesan sebab saya rasa diri ini sakit. Selepas itu, saya teruskan macam biasa, nak makan apa, saya makan tetapi berpada-pada.
“Sebab bagi saya, semuanya yang diambil berlebihan akan memudaratkan,” kata penyanyi Tapak Kaki Sulaiman ini yang mengakui tidak mahu terlalu gembira apabila sel kanser sudah tiada, sebaliknya, Elyana bersyukur apabila doanya untuk sihat dimakbulkan Tuhan.
Artikel Lain: Jaga Portion & Rajin Skipping. Rahsia Pasangan Kembar Ini Dapat Berat Ideal Sebelum Raya!
“Saya lega… Bagai ada satu beban yang saya pikul selama ini sudah tiada. Tetapi saya tidak boleh gembira terlalu awal sebab kanser boleh datang semula bila-bila masa sahaja.
“Jadi, saya hanya nikmati apa yang ada sekarang. Saya tidak berharap sangat, namun, alhamdulillah selepas lebih 10 tahun, doa saya dimakbulkan.
“Saya rasakan diri ini bagai dilahirkan semula,” katanya kepada BH Online sambil memberitahu anak-anak, Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani menjadi insan paling gembira sebaik tahu dirinya sudah pulih dari kanser.
Elyana mendedahkan dirinya menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat pada 2017. Sebelum ini, sel kanser menyerang dan merebak ke beberapa organ badan Elyana seperti rahim, hati dan pangkal paha.
Artikel Lain: Tak Sampai Setahun Gigih Diet. Pelakon ‘Fat Amy’ Kongsi Rahsia Langsing Tanpa Guna Produk!