Baru-baru ini ramai yang terkejut apabila adik Ainul Mardhiah berada dalam situasi kritikal apabila kanak-kanak ini berusia tiga tahun itu disahkan mengalami jangkitan kuman sehingga dimasukkan Unit Rawatan Rapi (ICU).
Malah sebelum itu pun Ainul turut di ventilate lagi dan ditidurkan bertujuan untuk merehatkan badan dan otaknya dari demam sawan berulang.
Kanak-kanak kecil ini juga kelihatannya nampak penat sangat selepas diserang sawan panas beberapa kali.
Namun perkongsian bapanya Ahmad Saifuddin Ahmad Razak di laman sosial Facebook, memberitahu berita gembira dengan memaklumlah keadaan anak kesayangannya itu yang dijangka akan sihat dua tiga hari lagi.
Dia melihat perubaan positif anaknya itu untuk kembali sihat sepanjang berada di wad dengan keadaan sebelum ini.
“Dalam 18 hari ini, dua kali Ainul kritikal, dua kali dia ‘ventilated’. Kesan ditidurkan dua kali dan sawan yang serang berkali-kali tu mesti perlukan masa untuk ainul pulih semula.
“Tapi Alhamdulillah, hari ini Ainul nampak semakin sihat. Dia dah mula tekan-tekan radio Omar Hana dia tu untuk tukar-tukar lagu,”
Walau bagaimanapun, menurut Safiuddin, Ainul seakan belum berupaya untuk duduk sendiri dan memerlukan sokongan daripada orang sekeliling jika ingin duduk.
“Nampak dia masih belum berupaya untuk duduk sendiri. Kami kena dudukkan dan bantu sokong belakang dia.
“Insya-Allah Ainul pasti boleh. Dia akan kembali sihat seperti sediakala dalam dua hingga tiga hari lagi. Semoga Allah izinkan,” ujarnya.
Artikel Lain: Bahaya Ambil Ubat Yang Salah. Doktor Kongsi Pilih Ubat Titis Betul Digunakan Untuk Mata!
Sebelum itu dilaporkan keadaan Ainul sudah semakin stabil dan menunjukkan gerak balas positif selepas seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).
Ubat-ubatan yang diberikan sudah banyak dihentikan dan kanak-kanak itu sudah tiada demam, oleh itu, hanya menunggu masa untuk dibenarkan pulang ke rumah.
Ainul menjadi perhatian ramai sejak tahun 2019. Perjuangannya setelah disahkan mengalami ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour’ diikuti rakyat Malaysia.
Artikel Lain: Kesan Bedah Di UK, Ainul Mardhiah Alami Masalah Saraf. Bila Ketawa, Senyum Pipi Kanan Tak Bergerak!