Lelaki Berjaya Kuruskan Badan Lepas Susah Nak Solat. Rahsianya Elak Nasi & Makan 12 Biji Telur Sehari!

Share

Lelaki Berjaya Kuruskan Badan Lepas Susah Nak Solat. Kalau sebelum pengarah terkenal ini memang mengalami masalah berat badan melampau.

Tetapi segalanya berubah apabila penampilan terkini Heykal Hanifah yang juga suami kepada pelakon Faezah Elai sudah jauh berubah.

Penampilannya mula mendapat perhatian ramai apabila dilihat semakin kurus dan kacak.

Lelaki Berjaya Kuruskan Badan

Dalam artikel di Harian Metro, Heykal menafikan dakwaan netizen mengatakan dia membuat pembedahan bariatrik atau potong usus, sebaliknya hanya mengamalkan pemakanan sihat.

Artikel Lain: Pakai Bedak Sejuk & Minum Jus Kunyit. Cara Tradisional Asmidar Jaga Kecantikan Luar & Dalam!

“Potong usus? Tidak ada masa nak buat. Buang duit saja. Kalau boleh buat cara yang mampu iaitu dengan mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam, buat saja. Tapi kalau mampu dengan cara pembedahan, terpulang. Masing-masing punya selera dan pilihan,” katanya.

Menurut Hekyal, beratnya kini mencapai 75 kilogram, dia mengamalkan diet pemakanan dengan memakan 10 hingga 12 biji telur sehari serta tidak menyentuh nasi sejak tiga tahun lalu.

“Selepas itu ambil keputusan, lagi pula anak-anak kecil lagi dan masih sekolah, takutlah kalau jadi apa-apa masalah atau sakit.

“Dengan kesedaran itu, saya dan isteri ambil langkah amalkan gaya hidup sihat iaitu diet. Macam-macam diet saya buat dari segi pemakanan. Isteri yang banyak uruskan pemakanan saya sampai sekarang. Saya tahu kalau lapar, dia buatlah apa yang patut. Cuma, tahap kelaparan tak macam dulu.

“Sepanjang diet hingga sekarang, teruk juga menu saya. Ada sampai tiga bulan makan telur saja setiap hari iaitu 10 hingga 12 biji sehari dengan pelbagai jenis masakan. Hinggakan saya terkena penyakit Gerd disebabkan diet teruk.

“Tapi sekarang alhamdulillah okay dah selepas jumpa doktor dan diberikan ubat. Doktor juga menyarankan menu yang boleh dimakan. Dalam masa sama, saya juga tak makan nasi dari 2019 sampai sekarang,” katanya.

Artikel Lain: Kekal Jelita Di Usia 53 Tahun. Maria Farida Kongsi Tip Awet Muda, Kurangkan Mengumpat!

Dulu Nak Solat Pun Susah

Dalam pada itu, Heykal berkata disebabkan berat badannya lebih 100 kilogram sebelum ini menyebabkan dia mengalami masalah sakit pinggang dan sukar ketika menunaikan solat. Katanya lagi, dia juga berharap dapat meneruskan gaya hidup sihat yang diamalkannya kini.

“Ketika berat masih lebih 100kg nak solat dan duduk antara dua sujud pun susah. Saya juga sakit pinggang sebab terlalu berat.

“Nak tengok perkembangan badan saya semua ada di Intagram. Siapa ‘follow’ saya memang nampak perkembangan. Tidak adalah mendadak turun. Mungkin lepas ni kalau tak jaga naik balik, tapi tak nak lah.

“Tahap kolestrol, kencing manis, dan lain-lain semua dah normal. Sebelum ni semua di tahap ‘border’. Alhamdulillah sekarang dah okay dan semoga dapat teruskan gaya hidup sihat ini,” katanya.

Artikel Lain: Pilih Bersenam & Jaga Makan Sebagai Gaya Hidup, Wanita Berjaya Kurus Tanpa Guna Produk

Published by
Siti Zurina Mat Saman