Kris Dayanti Tunai Umrah Bersama Keluarga, Penampilan Berhijab Jadi Tumpuan

Share

Kelihatan sopan dan lebih manis dengan berhijab, penampilan penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti meraih orang ramai.

Gambar penyanyi berusia 48 tahun itu bersama suami dan anak-anak yang berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah dimuat naik menerusi Instagram miliknya.

Kris Dayanti Berhijab Raih Perhatian

Cantik tanpa sebarang solekan dan anggun dalam persalinan jubah rona kelabu dan hitam, ibu kepada empat cahaya mata itu biarpun bertutup, namun penampilannya tetap memukau dan terlihat glamor.

Hantaran isteri kesayangan Raul Lemos itu turut disertakan bersama sepotong hadis yang berkaitan dengan umrah.

“Orang yang berperang di jalan ALLAH SWT dan orang yang menunaikan haji serta umrah adalah delegasi ALLAH. Ketika mereka meminta kepada-NYA, maka ALLAH akan mengabulkan permintaan mereka” (al-Hadis). Bismillahirahmanirahim. Mohon maaf lahir batin,” tulisnya menerusi kapsyen.

Turut mencuri perhatian ramai semestinya penampilan anak dara Kris iaitu Amora.

Pemilik nama sebenar Ariannha Amora Lemos yang kini berusia 12 tahun itu tampak begitu manis menutup aurat dengan sempurna. Bahkan, beliau dilihat lebih tinggi daripada ibunya.

Sekadar makluman, Amora kini mewarisi bakat dalam bidang nyanyian seperti ibunya apabila kini bergelar penyanyi remaja.

Berharap Terus Istiqamah

Rata-rata memuji penampilan mereka sekeluarga dan mengharapkan semoga penyanyi berkenaan seisi keluarga terus istiqamah dalam berhijab usai pulang daripada umrah kelak.

Ada yang mengaitkan hal tersebut dengan selebriti lain seperti Mulan Jamilah, Desi Ratnasari dan ramai lain yang sudah berhijab namun tetap cantik dan ayu seperti biasa.

Bahkan kata mereka, penampilan selebriti berkenaan semakin elegan dan yang pasti disukai oleh ALLAH.

Hargai Doa

Menerusi hantaran kedua selepas tiba di tanah suci, adik kepada penyanyi Yuni Shara itu turut berterima kasih atas titipan doa buat beliau sekeluarga.

“Amin Amin Yarab. Alhamdulillah semua rangkaian doa dan titipan doa semoga dikabulkan. Salam juga untuk semua,” tulisnya di ruangan komen.

Sumber: Instagram krisdayantilemos

Published by
Nadia