KJ sahkan Pak Lah derita dementia. Tak macam penyakit lain, perlu 24 jam penjagaan rapi. Setelah beliau bersara secara terhormat pada tahun 2009, lama tidak mendengar berita mengenai Bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Namun apa yang mengejutkan, pendedahan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang juga menantunya dalam satu ciapan di twitter Ahad lalu mengesahkan bapa mentuanya itu menghidap dementia hingga menyebabkan kesihatan semakin merosot dan sukar untuk mengingati sesiapa termasuk ahli keluarga terdekat.
Artikel Lain: Elisya Sandha Gigih Buat Senaman, Rahsia Badan Kekal Langsing Lepas 3 Bulan Bersalin
“Saya tahu beliau masih mengenali saya apabila melihatnya mengerdipkan mata, apabila saya melawatnya.
“Lebih banyak hari yang sukar berbanding hari yang lancar. Jadi doakan beliau dan kami berharap untuk hari yang lebih baik akan datang,” katanya yang mendapat persetujuan ahli keluarga sebelum memberitahu kepada umum mengenai sakit dialami bapa mentuanya ini.
Malah Khairy Jamaluddin memberitahu penjagaan bagi pesakit demensia adalah paling mencabar.
“Saya melihat bagaimana ibu mentua, auntie Jean melalui situasi sukar kerana demensia bukan satu penyakit, tetapi memerlukan penjagaan rapi 24 jam. Malah selepas beberapa tempoh, pesakit memerlukan penjagaan berterusan sepanjang masa bagi memastikan keselamatannya terpelihara.
“Justeru kami menyediakannya jururawat profesional untuk bersamanya 24 jam. Kami agak bernasib baik kerana mampu berbuat demikian, bayangkan orang yang tidak mampu.
“Demensia tidak boleh didiskriminasi. Bayangkan orang yang tidak mempunyai akses kepada penjagaan yang tidak mampu tetapi mereka perlu menjaganya kerana ahli keluarga,” katanya disebabkan mempunyai dementia, Pak lah tidak kelihatan di mana-mana majlis atau acara.
Dalam perkongsian di Public Health Malaysia turut memberitahu dementia adalah sejenis penyakit otak yang progresif. Seseorang pesakit itu memerlukan penjagaan masa panjang.
Malah kajian dilakukan juga mendapati Kajian mendapati bahawa aktiviti yang merangsang intelek seperti bermain catur, sudoku, membaca, mengaji & sebagainya dapat mengurangkan risiko berlakunya dementia.
Selain itu Amalan cara hidup sihat boleh juga mengurangkan risiko mendapat dementia.
Antara tanda-tanda penyakit dementia itu adalah seperti kesukaran untuk melakukan tugasan harian yang biasa dilakukan.
Penghidapnya juga akan terlupa perkataan harian yang biasa digunakan. Mereka juga dikatakan meletakkan barang ditempat yang salah atau terlupa di mana barang diletakkan.
Tanda lain, pesakit dementian juga keliru berkenaan tarikh, masa dan tempat serta perubahan mood dan tingkah laku dan perubahan personaliti.
Sumber: BH Online
Artikel Lain: Gara-Gara Menaip 5-6 Jam Sehari, Tangan Kebas, Sakit Menyucuk. Rupanya Sindrom Capal Tunnel!