Ramai antara mereka yang mengamalkan diet agak buntu memikirkan menu apa yang perlu diambil ketika berbuka puasa dan juga bersahur.
Maklumlah pelbagai juadah enak menanti bagi mereka yang pergi ke Bazaar Ramadan yang menjual pelbagai jenis makanan enak.
Jika ini terjadi, pasti impian untuk mendapatkan berat ideal sebelum Syawal gagal dilaksanakan.
Artikel Lain: Tip Diet Berkesan Sebulan Je Berjaya Tampil Langsing Di Majlis Kahwin
Perkongsian Ammar Liyana memberitahu caranya untuk kekal diet walaupun di bulan puasa. Malah dia masih boleh makan sedap tetap dengan cara mengekalkan portion makanan diambil.
Caranya masih sama perlu terus amalkan diet suku-suku Separuh. Tidak kisah untuk makan apa asalkan dalam kaedah dsss.
Manakala untuk sahur pula lebih kupada pengambilan overnight oat dengan toping berbeza-beza.
Siapa kata bila puasa tidak boleh cheat day. Wanita ini memberitahu dia cheat day dengan mengambil air green tea yang dibeli di kedi kopi popular.
Menurutnya dia berhasrat untuk turun hanya 3KG sahaja dan mengharapkan dirinya kekal istiqamah.
Artikel Lain: Tak Ambil Menu Berat Lepas 6 Petang. Rutin Sihat Fazura Kekal Langsing Lepas Bersalin!
Turut dikongsi menu diambl untuk berbuka puasa dan bersahur sepanjang proses mahu menurunkan berat badan untuk 3KG sahaja. Moga impiannya tercapai kerana sebenarnya tidak mudah terutama jika gagal melawan hawa nafsu sendiri.
Artikel Lain: Lepas 3 Bulan Berjaya Dapat Berat Ideal. Gadis Ini Kongsi 20 Menu Diet Diamalkan!