Bermacam-cara cara diet yang diamalkan bagi mereka yang mengalami masalah kenaikan badan mendadak untuk mendapatkan berat ideal.
Apatah lagi jika usia makin bertambah, semakin digalakkan untuk menjaga kesihatan terutama pemakanan bagi mengelak datangnya pelbagai penyakit.
Jika suami kepada Faezah Elai hanya makan 12 biji terus sehari, cara sama diamalkan seorang lagi pelakon drama, Shah Jaszle yang juga mengamalkan pemakanan sihat.
Dalam artikel di Astro Gempak, pelakon ini mendedahkan dia berjaya turunkan berat badan sebanyak 16 kilogram hanya dalam tempoh 23 hari sahaja.
Artikel Lain: Lelaki Berjaya Kuruskan Badan Lepas Susah Nak Solat. Rahsianya Elak Nasi & Makan 12 Biji Telur Sehari!
Dia turut memberitahu, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan menyebabkan berat badan naik mendadak sehingga 86 kilogram.
Apatah lagi disebabkan hanya duduk dirumah menyebabkan dirinya asyik makan dan gemar menjamah hidangan sedap dimasak isteri.
Jadi bagi mengurangkan berat badannya dia memilih untuk amalkan pengambilan makanan pada jumlah 500 kalori sehari iaitu bersamaan 5 biji telur rebus.
Tambahnya lagi, dia berazam turunkan berat badan bagi memudahkan urusan kerjanya sebagai pelakon pada masa akan datang.
Artikel Lain: Rajin Workout & Cheat Day Sebulan Sekali. Rahsia Gadis Berjaya Dapat Berat Ideal Dalam 3 Bulan!
“Setiap kali sebarang produksi mencadangkan nama saya kepada stesen televisen, mereka akan bertanyakan saiz tubuh pada waktu berkenaan. Justeru, atas nasihat kawan-kawan saya ambil keputusan untuk berdiet.
“Malah peminat juga tidak kenal saya apabila berat badan berisi. Namun sekarang saya sudah mendapat berat ideal,” katanya mengakui tidak mudah untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Apatah lagi di rumah isterinya akan masak masakan sedap dan menyebabkan dia terpaksa lawan keinginan untuk makan dan hadkan pengambilan kalori.
Artikel Lain: Kurang Makan Nasi Sejak Lahir Anak Pertama, Rahsia Amy Mastura Kekal Langsing & Awet Muda