Hikmah sakit 2 tahun dulu, Bonda Rozita strict jaga diet. Kurus sampai boleh sarung baju 20 tahun lalu. Walaupun usianya sudah mencecah lebih 50 tahun, namun penampilan terbaru pemilik Rumah Hutan Terapi Alam, Bonda Rozita Ibrahim ini sangat mencuri tumpuan.
Dalam posting di laman Instagram, Bonda Rozita kelihatan saiz badannya kelihatan sangat langsing dan penampilan seperti anak dara.
Namun sebelum itu Bonda Rozita ada bercerita dia juga pernah mengalami masalah kesihatan.
Artikel Lain: Elisya Sandha Gigih Buat Senaman, Rahsia Badan Kekal Langsing Lepas 3 Bulan Bersalin
Baju raya 20 tahun lepas , tempoh usia kita makin berkurangan.. kesihatan & kecantikan semakin merudum – bonda kongsi sikit tentang kesihatan saya 2 year dulu ..
Parent saya berpenyakit keturunan iaitu jantung , kolestrol susah kawal dietlah macam mana pun ..!! Akhirnya bonda ada fatty liver – saya pernah jalan bertongkat selama 4 bulan ..!! Semakin drop kesihatan saya..
Saya kaji kesihatan saya dengan ramai doktor pakar – tulang – jantung – hampir setahun saya cari solusi kesihatan saya – semua sebab immunity drop – kolestrol tinggi, penyebab fatty liver , saya sangka tak bahaya – badan saya sensitive alergy pada makanan jadi inflamasi penyebab selalu bengkak “
Akhirnya saya kenal punca deaseas itu dari pemakanan & saya tak senam – kurang cahaya matahari .. saya rawat diri dari darah ..Saya tetap makan produk2 saya macam mega ratu , kurma dhuha , mustanir , kopi ratu setiap hari..!!
Walau saya berjaga makan sebelumnya – penyakit tu attack saya disebbkan keturunan – sejarah kesihatan parent saya – ada jantung , darah tinggi , k manis & buah pinggang
Kesihatan saya start drop Bermula dari Lemak yang besar melekat dalam salur darah ..!! High kolestrol 11 , saya tak akan ambik ubat hospital- saya tau kesan buruknya .. Kolestrol saya sebab keturunan & penuaan & Semakin berusia
Saya azam nak sihat ..!! Wahai Allah bantu lah kasi saya ilmu , saya tukar Diet sihat seharian kini terbayar sudah yang menukar kesihatan saya lebih baik
Artikel Lain: Habis Ribuan Ringgit Tapi Hasilnya Teruk. Rupanya Zara Zya Serasi Guna Skrub Beras Pulut Nak Cantik
Gemuk , lemak ..?? Takut lemak ..
Kita perlukan lemak , kalau xda lemak kita x boleh hidup – Semua apa yg Allah bagi ada fungsi dalam badan kita ..!! Tak sustainably to life kalau tak da lemak – garam – gula – – Betapa intelligence nya badan manusia – Maha bijaksana sang Pencinta yang mengciptakan kita ..!!
Lemak juga ada banyak keperluannya Kecantikan , pemikiran kebijaksanaan ..!!
Bukan semua lemak berbahaya & kita tetap perlukannya – lemak perlu untuk kekuatan otak , lutut ..hdl lemak yang molukel kecik dan diperlukan badan ..
Perubahan itu menyebabkan Bonda Rozita boleh menyarung kembali baju rayanya 20 tahun dulu. Selain sangat menjaga pemakanan, rupa-rupanya ada amalan yang dilakukan sehingga penampilan terbaru ini menjadi bualan ramai.
Dalam satu perkongsian ketika bercuti ke Bali, Bonda Rozita kelihatan begitu cergas ketika melakukan senaman seperti itu dan tidak seperti tenaga usianya yang sebenar.
Dia juga turut memberitahu selain sering bersenam setiap pagi, dia juga mengamalkan puasa daud untuk kecergasan dirinya.
Mungkin inilah rahsia kecantikan dan kecergasan Bonda Rozita yang sudah semakin kurus dan pinggang ramping bak kerengga.
Dalam ruangan komen juga ramai yang memuji kecergasan tenaga Bonda melakukan senaman berkenaan.
Malah energinya seperti anak dara yang tidak terlihat penat sebaliknya pantas melakukan gerakan yang ditonton melalui paparan video di telefon.
noorainiabrahman Hebatnya energy bonda, mcm org muda. Sangat kagum
kamsiahmohamad Woww Cergas bertenaga bonda
jrmampang.zira MasyaAllah bonda sentiasa cergas. Malu kalau yg muda² tkde semangat mcm ni #nikmatsihat
marsitahhadi Hebat la bonda nie…Admire betul kita.. pada usia gam gini..masih bertenaga..
kedaicomey_acikshida Cergasnya pergerakan senaman @bondarozitaibrahim mcm ongmuda Saya yg baru 40 ni pun riso tergeliat urat kalau buat lelaju gitu
zek_jrm Rupanya senaman sngt penting untuk bodyshape dan untuk dalaman juga.. lagi berumur lagi perlukan senaman
Artikel Lain: Rahsia Awet Muda Masuk Usia 50. Kakak Kris Dayanti Rajin Pilates & Pakai Masker Cegah Kedut Wajah!