Hidup Berdua Tanpa Anak, Beto Kusyairi Cukup Bahagia Punya Isteri Di Sisi

Share

Ada yang nampak hidup berdua tanpa anak itu macam kurang lengkap, namun bagi Beto Kusyairi, kehadiran isterinya itu sudah lebih daripada cukup. Tetap bahagia!

Tidak pernah mengeluh, sebab sedar sudah tertulis bahawa rezeki setiap orang itu berbeza-beza.

Hidup Berdua Tanpa Anak, Beto Kusyairi Cukup Bahagia Punya Isteri Di Sisi

Ada orang bahagia dengan anak ramai, ada yang bahagia dengan duit yang banyak dan mungkin ada yang cukup bahagia dengan hidup berdua kerana sebuah kesetiaan.

Tak dinafikan anak adalah pengikat kasih sayang suami isteri, namun ini bukan juga satu jaminan yang perkahwinan akan porak peranda jika tidak dikurniakan zuriat kerana cinta seharusnya hadir tanpa berbelah bahagi.

Buktinya, kita lihat lah sendiri pasangan artis ini. Walaupun ada yang berbelas-belas tahun diuji dengan tidak meniliki anak, rumahtangga yang dibina tetap rukun damai.

Langsung tidak menyalahkah takdir ataupun menuding jari tanda tidak adil kepada Maha Esa, pelakon yang disegani ramai Beto Kusyairi tenang meneruskan kehidupan bersama isteri tanpa kenal erti putus asa.

Meskipun zuriat dan penantian, itulah juga soalan yang lazim diajukan buatnya. Mujur, lelaki yang selalu hadir dengan watak serius itu tidak menunjukkan reaksi kurang senang.

Memuat naik video di laman TikTok miliknya, Beto meluahkan bahawa dia tetap bahagia disamping isteri tercinta andai takdir mereka harus menjalani kehidupan tanpa seorang zuriat.

Sebelum ini, memetik sumber laporan Kosmo, meskipun terdengar soalan klise, namun melihatkan kebahagiaan dan kebersamaan aktor Beto Kusyairy bersama suri hatinya, Tisha Shahar tanpa kehadiran benih cinta bersama zuriat, soalan tipikal tersebut diberanikan meluncur dalam satu pertemuan.

Sementara itu, Beto mengakui pelbagai usaha sudah dibuat untuk mendapatkan zuriat termasuk menjalani rawatan Islam, tradisional dan moden.

Beto mengakui pelbagai usaha sudah dibuat untuk mendapatkan zuriat termasuk menjalani rawatan Islam, tradisional dan moden.

“Hendak kata tidak berusaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani,”

cerita Beto.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keperibadian pelakon kesayangan ramai ini kerana dikategorikan sebagai jejaka idaman para wanita namun tetap memilih setia dengan isterinya.

Malah, ada yang tidak putus-putus menitipkan doa agar pasangan ini dikurniakan benih cinta suatu hari nanti.

Sebagai rekod, Beto dan isteri mendirikan rumah tangga sejak 14 tahun lalu iaitu pada tahun 2008.

Published by
Nadia