Tidak mengambil masa untuk berubah mengubah penampilan demi memastikan kesihatan sentiasa diberi keutamaan.
Malah disebabkan mempunyai masalah kesihatan apabila doktor memberitahu tahap kolesterol tinggi dan menyarankan dirinya untuk melakukan diet.
Tidak mahu diserang penyakit lain, demi untuk mengamalkan gaya hidup sihat, wanita ini tekad menguruskan badan.
Ayuh, ikuti perkongsian Zai Saari yang berjaya melenyapkan 32 kg dalam masa 8 bulan dengan cara ilmu diet yang betul.
Artikel Lain: Hikmah PKP Hanya Lakukan ‘Brisk Walk’ & Diet Suku-Suku Separuh Bantu Turunkan Berat Badan
“Masa awal-awal dulu saya tak sedar pun mempunyai badan berisi dan obesiti sehinggalah saya nak bawak badan pun tak karat.
“Apatah lagi ketika itu sakit lain mula menyerang dan saya kemudiannya membuat pemeriksaan di hospital.
“Dari situlah doktor kata yang saya ini dalam kategori obesiti dan menasihatkan saya untuk turunkan berat badan,” katanya yang pernah cub lakukan pelbagai diet tetapi semuanya tidak menjadi hinggalah seseorang mengenalkannya kepada VistaFit.
Program ini diajar oleh Coach terlatih yang memberitahu ilmu diet yang betul untuk menurunkan berat badan.
“Dalam kelas ini Coach banyak mengajar tentang kuasai mindset,kesilapan-kesilapan dalam berdiet, disiplin diri dalam berdiet, kenapa berat kita naik dan stuck.
“Turut diajar jadual makan 5 kali sehari, portion perlu makan setiap meal, apa boleh makan semasa diet, snacking apa boleh makan dan banyak lagi sampai lah berat kita mantain.
“Sebelum itu, saya pernah buat sendiri, ikut dsss. Tetapi dalam 4 bulan diet hanya 3kg je turun. Hanya naik turun begitu saja. Setelah saya masuk 2 kelas ini, alhamdulillah 8 bln diet dari 80kg turun 48kg,” tambahnya yang turut berkongsi menu diambil dari pagi hingga malam.
Artikel Lain: Rajin Buat Senaman Kardio, Rahsia Gadis Ini Dapat Berat Ideal
Menurutnya untuk sarapan pagi, dia biasanya akan ambil sekeping roti bersama sebiji telur, buah dan air kosong.
“Untuk makan tenghari saya ambil nasi sesenduk, buah sebiji, ayam seketul dan air kosong. Manakala malam pula saya memang tak ambil karbo langsung, sebaliknya tukar dengan pengambilan roti atau biskut. Jika lapar biasanya saya akan ambil air kosong dan buahan
“Sebenarnya saya tak pernah buat exercise langsung. Ini kerana waktu itu (badan berisi) memang tak larat nak bersenam. Nak angkat kaki pun tak boleh apatah lagi nak bersenam,” ceritanya lagi berjaya melenyapkan 32 kg dalam masa 8 bulan dengan mengamalkan diet ini.
Tambahnya lagi perasaan gembira sukar untuk digambarkan apabila dia berjaya mendapat berat badan ideal.
“Mestilah saya sangat seronok. Ini kerana ketika berat 80KG, saya terpaksa solat atas kerusi. Untuk bangun pun susah.
“Sekarang alhamdulillah, bila sudah kurus, badan terasa ringan dan tidak seperti dulu,” jelasnya lagi yang masih maintan dengan berat yang ada dengan memfokuskan kepada pemakanan.
Artikel Lain: Doktor Kongsi Tip Mudah Untuk Dapat Badan Lentik Tak Menggeleber, Otak Cerdik