Diana Rafar Pilih Jamu Untuk Cantik Luar Dan Dalam, Amal Sejak Kecil Lagi

Share

Pelakon wanita, Diana Rafar pilih jamu dan tidak hanya bergantung kepada produk kecantikan semata-mata, sebaliknya dia mempunyai rahsia tersendiri untuk mengekal kecantikan.

Diana Rafar Pilih Jamu Untuk Cantik Luar Dan Dalam, Amal Sejak Kecil Lagi

Memiliki kulit yang cantik berseri, dia yang berusia 41 berkata, lebih selesa mengamalkan cara semula jadi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan diri.

Menurut Diana, sudah menjadi kelaziman untuk mereka adik-beradik mengamalkan jamu turun-temurun keluarga mereka. Biarpun pahit, khasiat daripada ramuan semula jadi itu mempunyai kesan yang bagus untuk kecantikan dalaman dan luaran.

Selain mengamalkan jamu, isteri kepada pelakon Zamarul Hisham itu turut berkongsi mengamalkan minuman susu kambing sebagai rutin hariannya.

“Minum susu kambing merupakan terapi yang paling dekat dengan keluarga kami. Susu kambing merupakan makanan sunah dan mempunyai pelbagai khasiat antaranya mampu mengurangkan berat badan, menambah tenaga, mengurangkan tekanan darah rendah dan darah tinggi, baik untuk kesihatan jantung, menguatkan tulang, meningkatkan metabolisme dan tahap imunisasi badan,”

katanya.

Selain mengamalkan cara semula jadi, Diana turut berkongsi mengenai jaga pemakanan yang diambil setiap hari.

“Selain makan jamu sejak zaman anak dara, saya juga mengamalkan pemakanan sihat dengan mengurangkan pengambilan gula dan memperbanyakkan makan sayur serta buah-buahan.

“Saya juga gemar bersenam setiap hari terutama apabila ada waktu terluang untuk menjaga kesihatan badan,”

kongsi ibu kepada lima orang anak itu.

Hah, nak pilih jamu macam Diana Rafar tak? Apa pun, kalau nak sihat dan cantik dalam usia 40-an, sebaiknya jaga lah pemakanan yang diambil. Kurangkan gula dan rajinkan buat senaman walau cuma 30 minit!

Kredit: Xtra

Published by
Nadia