Dayang Nurfaizah Jaga Makan Untuk Sihat, Bukan Nak Kurus Semata-mata

Share

Agak terpesona melihat penampilan terkini Dayang Nurfaizah ketika membuat persembahan di majlis perkahwinan Shuib dan Watie baru-baru ini, nampak slim dan makin cantik.

Dia yang mengenakan persalinan maroon tampil menawan. Apatah lagi selebriti kelahiran Sarawak ini makin langsing dan cantik!

Dayang Nurfaizah Jaga Makan Untuk Sihat, Bukan Nak Kurus Semata-mata

 

Walau pun kerjaya nyanyiannya cukup cemerlang dan diminati ramai namun tak dinafikan nama Dayang Nurfaizah jarang terkait dengan berita kurang enak. Ada yang beranggapan personaliti ini terlalu menjaga nilai eksklusif diri.

Hakikatnya, Dayang ialah seorang wanita lemah-lembut, merendah diri dan mudah didekati.

Dia mengakui jaga pemakanan demi kesihatan diri apabila ditanya mengenai susuk tubuh yang makin ‘mengecil’.

 

 

Usia Makin Meningkat, Patut Jaga Pemakanan

“Sebenarnya tak ada rahsia, saya cuma semakin usia kita meningkat, kita kena menjaga diri.”

Ujarnya lagi sambil berseloroh, “Sebenarnya semua baju dah tak muat, jadi kenalah jaga.

Tapi Dayang memang bukan jenis yang makan banyak jugalah. Cuma bahayanya, saya makan selepas show.

Itu yang kena jaga.

Sebab setiap wanita semakin meningkat usia dia, semakin berjaga-jaga. Bukan untuk kurus je, untuk kesihatan.”

Jaga Anak Saudara Yang Semakin Membesar

 

Dayang bahawa menjaga anak saudara yang kini menginjak usia dewasa.

“Semuanya bermula lepas kakak saya habis berpantang dan tak ada siapa yang boleh jaga Yaya sebab saya bawa ibu bapa tinggal di KL.

Jadi, kami bawa Yaya bersama. Bila dah semakin lama, saya terus ambil keputusan untuk ‘pinjam’ tanggungjawab sebagai ibu daripada kakak dan jaga Yaya.

Bila cuti panjang baru Yaya akan balik ke pangkuan keluarganya atau mereka yang akan datang lawat Yaya. Saya mula jaga Yaya dari umur dia tiga bulan lagi,” telusnya.

Begitulah, berwaspada bila umur semakin meningkat. Jika anda pun dah masuk fasa 40-an, elok kawal pemakanan untuk elakkan penyakit singgah. Lebih senang nak beribadah dan bergerak, pun ya.

Published by
Nadia