Dari Baju Saiz XL Ke XS, Wanita Ini Pilih Diet IF Hilangkan 22 Kg Dalam Masa 4 Bulan!

Share

Bukan mudah untuk seseorang itu menurunkan berat badan. Keinginan itu ada tetapi tanpa semangat dan usaha serta disiplin yang tinggi, pastinya impian hanya tinggal anganan.

Pelbagai faktor membawa kepada kenaikan berat badan, salah satunya selepas melahirkan anak selain tidak menjaga soal pemakanan.

Namun dek kerana kenaikan mendadak menyebabkan kita sanggup lakukan apa saja bagi mendapat berat ideal.

Seperti perkongsian wanita ini Rafina Rithsaqisya yang mengakui mengalami pertambahan berat mendadak selepas melahirkan anak.

Sebelum ini beratnya hanya sekitar 40-45 kg tetapi dalam masa dua tahun beratnya naik sehingga mencecah 22 kg.

Berkat keazaman yang kuat, dia cuba tekadkan hati melakukan diet dengan cara IF. Dan alhamdulillah misinya tercapai dalam masa ditetapkan.

Dari Saiz XL Ke L

1st time post sini untuk share kisah saya berjaya turunkan berat dan capai berat ideal dalam masa 4 bulan sahaja. Ya, 4 bulan dari obese class 1 to berat ideal!

Sebenarnya berat saya naik mendadak selapas saya bersalin anak bongsu pada tahun 2018.. Sebelum itu saya memeng kecil saja, berat around 40 – 45 kg saja. Tahun 2019 berat saya naik 10kg! Lepas itu tahun 2020 berat saya naik lagi 12kg! Jadi total berat saya naik sebanyak 22 kg dalam masa 2 tahun saja.

Bila dah tak larat nak bawak badan yang dah macam seladang ini, saya nekad. Nekad sangat-sangat. Masa itu termenung lepas tengok penimbang 67kg! Kalau saya tak buat sesuatu tak mustahil berat boleh jejak 70kg!

Masa itu terus azam.. Bulatkan tekad, cekalkan hati.. saya kena kurus! Terus buat if hari yang sama. Masa semangat tengah berkobar-kobar itu. Terus buat. Bila sudah nekad, sudah bulatkan hati, semua halangan, rintangan berjaya di tepis sebelah mata. Sebab masa tu terpandang goal saya nak kurus macam dulu-dulu balik jer. Saya mesti capai goal saya tu sebelum balik kg raya puasa nanti.

Tapi Alhamdulillah. Saya berjaya capai goal saya sebelum tempoh yang saya tetapkan. Saya sendiri tak sangka saya dapat kurus secepat ini. Syukur Alhamdulillah. Rasa segala apa yang saya buat selama ini tak sia-sia.

Menangis tau saya masa dapat sarungkan balik baju saya semasa bertunang dulu. Akhirnya saya dapat buktikan kepada semua yang pernah mengutuk, menghina saya masa saya gemuk dulu saya boleh kurus, saya dah berjaya kurus.

Kalau saya boleh kurus, kawan-kawan semua pun boleh!! Yakin boleh. Tiada yang mustahil jika kita berusaha bersungguh-sungguh.

Statistik Permulaan Saya:
Umur: 40 tahun 1 bulan
Tarikh Mula: 1 Oktober 2020
Berat: 67 kg
Tinggi: 147 cm (ketot jek )
BMI : 31 (OBESE CLASS 1)
Size baju : Xl, L
Size seluar : 34


Statistik Terkini:
Umur: 40 tahun 6 bulan
Tarikh kini: 2 Mac 2021 ( capai berat ideal masa Feb 2021… Tapi baru nak share.. )
Berat: 46.5 kg
BMI : 21.5 (NORMAL!!)
Size baju : Xs, s
Size seluar : 27, 26

Protokol IF Pilihan:
1. OMAD- Setiap hari omad dari hari pertama IF sampai sekarang.
2. Minimum IF 20 jam. Walau 20 jam tetap omad makan sekali jek. Tapi jarang sangat 20 jam. Sampai sekarang mamang selesa buat 24 jam. Kadang-kadang lajak 30 jam..
3. Selalu buat EF
Selalu buat 48 jam, 72 jam dan 96 jam
Pernah buat BTB 48 jam 3 circle saja

 

Cara Diet Saya:
– Pertama sekali saya memang cut sugar dalam diet harian saya. Tak ambil minuman manis dan sebarang kuih muih manis. Selama 4 bulan itu saya tak pernah miss walau sehari pun buat IF. Dan tak pernah cheat day. Memang pulun hari-hari buat tanpa jemu sampai sekarang. Jiwa dah sebati dengan IF. Memang tak dapat dipisahkan lagi.

– Cara pemakanan saya, saya buat suku suku separuh walaupun saya omad. Pastikan setiap hidangan itu mencukupi la. Beras saya tukar kepada beras perang.

– Bermula 14 Feb 2021 saya mula amalkan lazy keto. Walau pun dah kurus, sudah dapat berat ideal, saya masih ber IF dan berlazy keto untuk saya kekal sihat dan kurus. Untuk fasa maintain ini saya tak boleh selesa sangat, kalau tak jaga pemakanan nanti berat naik balik.

Pelan senaman saya:
– Saya pastikan akan buat workout paling kurang 3x seminggu. Wajib! Memang paksa diri buat. Fokus goal. Terus bersemangat. Setiap hari peruntukan 2 jam untuk workout. Biasa saya buat Leslie walk, zumba, briswalk dan weight training.

Tapi bila dah kurus ini malas pulak nak bersenam. Just IF + lazy keto saja

Kalau ikutkan saya malu nak share sini. Tp ok la untuk naikkan semangat IF warrior yang lain kan. Mana tau bila ada yang baca, terus semangat nak buat kan. Lagi 1 bila share di tempat lain yg org tak faham dan tak buat IF ini, ramai pula yang mengata.

Pedulikan apa yang orang lain nak kata. Kita buat kita dapat.
Semoga hati ini terus istiqomah!
#ifforlife

Artikel Berkaitan:

Minuman Diet Bergas ‘0’ Kalori Jadi Pilihan Sebab Sihat. Ini Penjelasan ‘Gula Tersembunyi’ Ramai Tak Tahu!

Rupanya Ini Senarai 29 Stok Makanan Diet ‘Eat Clean’ Wajib Ada, Kalau Nak Cepat Turun Berat Badan Cara Sihat

Buat Hanya Suka-Suka Tapi Hasilnya Memang Wow. Gadis Ini Kongsi 5 Tip Diet Mudah Berjaya Lenyapkan 44 Kg!

Published by
Siti Zurina Mat Saman