Dah Lama Rupanya Hidap Tumor Saraf. Doktor Saran Aaron Aziz Perlu Jalani Pembedahan!

Share

Melihat pada penampilannya yang sentiasa bergerak aktif dan lincah bagaikan tidak menduga rupanya sedang menghidap kesakitan.

Pelakon Singapura yang popular di Malaysia, Datuk Aaron Aziz mendedahkan dirinya kini sedang berjuang melawan kesakitan tumor yang dikatakan semakin membesar.

Menerusi satu video di laman Instagram, pelakon berusia 45 tahun itu memaklumkan dia perlu menjalani pembedahan dan berehat selama dua bulan namun terikat dengan jadual kerja yang padat.

Dalam entri tersebut, Aaron turut memuat naik gambarnya dimasukkan ke dalam mesin MRI serta memaklumkan tumornya itu semakin membesar.

 

“90 minit berada dalam benda ni (MRI), doktor kata saya perlukan pembedahan dan cuti sakit selama dua bulan, tapi tak boleh sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang ni.

“Jadi buat masa ni saya hanya guna ubat untuk hilangkan sakit. Bekerja dalam kesakitan, hanya Allah tahu apa yang saya rasa,” 

Perkongsian Aaron itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendaoakan agar pelakon itu diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan.

elvinamohamad Get well soon abang. Semoga dipermudahkan..
lovelyrose73 Syafakallah dan semoga dipermudahkan segala urusan @aarondwiaziz insyaallah Amin
maria2cna Semoga dipermudahkan segala2nya dan semoga cpt sembuh abg @aarondwiaziz
anies_anne Ya Allah..be strong @aarondwiaziz and May Allah ease everything aminn ya rabbal al amin

Pada penghujung kapsyen pula, dia turut meletakkan #cervicalspondylosis iaitu penyakit pada bahagian tulang leher dan #schwannoma iaitu sejenis tumor saraf yang terbentuk di dalam sistem saraf.

Terdahulu, media pernah melaporkan Aaron mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian leher sejak sembilan tahun lalu sehingga terpaksa keluar masuk hospital namun tetap bekerja keras demi keluarga.

Kita doakan semoga segala urusan Aaron Aziz dipermudahkan dan kembali sihat seperti sebelumnya.

Artikel Lain:

Tak Sampai Sebulan Berpantang, Neelofa Dah Rasa Terkurung? Minta Kongsi Nasihat & Pengalaman Pengikutnya!

Makan Pisang Dengan Air Suam, Cara Diet Paling Sihat Untuk Dapatkan Badan Langsing Bak Model

Elak Bergantung Ubatan, Amal Petua Lama Minum Air Rebusan 4 Bahan. Bantu Kurangkan Sakit Senggugut!

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman