Tular kisah ibu dua orang anak di China apabila mampu membeli rumah selepas berhenti kerja di pejabat.
Ibu dikenali sebagai Liu Xiaoli merupakan graduan universiti dan pernah bekerja sebagai pekerja pentadbiran sebuah pejabat di Henan.
Menurutnya, kerjaya tersebut tidak menghasilkan pendapatan lumayan buat dirinya. Ibu itu akhirnya membuat keputusan untuk menukar pekerjaan sebagai tukang cuci kerana memerlukan lebih banyak wang untuk digunakan anak ke sekolah.
“Anak saya mula bersekolah dan ibu bapa saya semakin tua. Saya memerlukan lebih banyak wang. Selepas menjadi tukang cuci, saya takut untuk memberitahu ibu bapa saya dan tidak mahu mereka dimalukan,”
ujar Liu.Liu pada mulanya menyembunyikan pekerjaan tetapi selepas setahun dia akhirnya memberitahu perkara sebenar kepada ibu bapanya.
Sokongan ibu bapa membuatkan wanita tersebut semakin semangat untuk berkerja dan menjadi tukang cuci profesional. Hasil titik peluh Liu, dia akhirnya berjaya membeli dua rumah dan kereta.
Kisah Liu berjaya menarik perhatian warganet dan video memaparkan dirinya membersihkan rumah mendapat lima juta tontonan.