Berat Pernah 80 Kilogram, Syura Badron Pilih Diet Sihat Daripada Pembedahan

Share

Tidak memilih jalan pembedahan, penyanyi, Syura Badron selesa mengamalkan diet untuk dapatkan tubuh badan idaman.

Berumur 37 tahun sekarang, Syura akui cara ini lebih mudah untuk kekalkan berat yang sama dalam tempoh yang lama.

Syura Badron Pilih Diet Sihat

Kalau nak tahu, berat Syura pernah mencecah 80 kilogram dan akhirnya berjaya hilang sebanyak 32 kilogram hasil daripada amalan diet sihat.

Kongsinya menerusi portal mStar, “Berat saya memang tengah naik sedikit tapi sekarang tenah berdiet.

“Walau dah berusia, saya yakin mampu turunkan dengan cara perlahan-lahan.”

Tak mudah nak kurus, sebab nak mulakan pun susah. Hari ini kata nak diet, tapi esok tak buat-buat juga,” begitulah cerita tentang diet oleh Syura.

Kalau Ada Duit Boleh Buat Pembedahan

Namun bagi Syura, jika anda berduit tak salah nak buat pembedahan.

“Perkara ini bergantung pada individu juga. Mungkin ada sebab tertentu lakukan pembedahan. Ada duit atau ada lebih puas buat begitu.

“Pembedahan tak salah, kalau mampu nak buat untuk rasa selesa dan cantik atau lebih berkeyakinan, silakan,” jelasnya lagi.

 

“Selepas bersalin berat badan Syura cecah 80kg dan berat memang tak turun-turun lepas tu. Risau, sampailah Syura tercari-cari apa agaknya diet yang baik yang boleh diamalkan untuk turunkan berat. Puas Syura scroll dekat google dan ternampaklah satu diet ni.

Sejujurnya, Syura mula nekad untuk turunkan berat badan dalam empat tahun lepas. Niat hendak kurangkan berat bukan saja sebab rasa badan tak sihat. Lebih menyedihkan, sampai kalau pergi mana-mana pun Syura pernah terdengar orang cakap, ‘Syura ke tu? Eh, bukanlah. Besar sangat tu,” ujarnya.

Pelbagai Jenis Diet Dah Cuba

Syura telah melakukan pelbagai jenis diet sepanjang empat tahun dia berjuang untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman. “Sebelum ini, Syura pernah amalkan intermittent fasting dan juga diet Atkins.

“Mula-mula dulu Syura buat Keto Diet yang dalam masa sama ‘potong’ gula habis. Menjadi juga sebab Syura perasan yang Syura dapat turun 500 ke 600 gram dalam seminggu.

“Waktu tu Syura amalkan makanan yang berprotein contohnya seperti sayur, ikan, daging, telur dan juga keju,” tambah Syura.

Cut Air Manis

Kalau dulu memang Syura suka minuman manis tapi sekarang dah tak ambil langsung. Paling tak sangka, daripada seorang yang jenis tak minum pun air masak kini dah boleh minum air masak sebab bila dah start Keto diet, secara automatik Syura dah tak lalu minum air manis dah.

Katanya, “Rasa manis sedikit pun dah tak boleh. Cuma kalau teringin sangat, Syura hanya akan ambil sehirup dua.”

Yang pasti, perubahan yang dirasai sekarang benar-benar telah mengubah kehidupannya selama ini.

“Apa yang saya dapat sekarang ialah amalan gaya hidup lebih sihat sebab bila kita diet, kita dah tak makan apa yang tak elok.

Syura pernah secara tak sengaja tak makan sampai 23 jam. Syura juga pernah mengamalkan Warrior Diet

yang mana 20 jam ‘berpuasa’ daripada makan sementara empat jam lagi membolehkan kita makan.

“Nasihat saya sebelum hendak amalkan apa-apa jenis diet, pastikan anda tahu kemampuan badan sendiri. Dalam masa sama kaji apa yang kita ambil dan makan. Sebelum ini kalau beli makanan Syura akan terus ambil masuk ke dalam troli. Tapi sekarang berbeza, Syura akan teliti dahulu ingredient dan nutrition dalam makanan tersebut.” Akhiri Syura.

Sekadar info, Syura dengan bekas suaminya, Mohd Fadhly Md Yassin berpisah pada Ogos 2015 selepas sembilan tahun bersama. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nurul Dania Irdani, Nurul Qaisara Sofia, dan Muhammad Irfan Ayyan.

Kredit gambar: Instagram Syura Badron

Published by
Nadia