Sebelum ini kesihatannya hanya baik-baik saja. Malah turut mengamalkan gaya hidup sihat dan boleh bekerja seperti biasa.
Namun siapa sangka awal Februari lalu menjadi detik menakutkan apabila dirinya tiba-tiba diserang ‘Bell’s Palsy’.
Bagi Nazira Noran, Ketua Peneraju Bernama Radio menceritakan pengalaman yang dianggap sangat menakutkan.
Menurutnya ketika diserang, dia tidak menyangka penyakit dialami akan menjadi serius. Dia hanya pergi mendapatkan rawatan di hospital beberapa hari mengalami sakit kepala dan radang belakang leher membengkak.
Assalamualaikum semua sahabat. Semoga sihat semuanya dan dipermudahkan urusan. Hari ini saya nak share pengalaman diserang Bell’s Palsy pada Isnin 8/02/2021.
Hari ini sudah masuk hari ke 14 dan saya masih menjalani rawatan fisio.
Walau belum sembuh sepenuhnya, saya rasa saya perlu maklumkan juga keadaan kesihatan saya.
Terima kasih ustaz, ustazah, sahabat-sahabat mendoakan dan memberi kata-kata semangat untuk saya.
Saya akui, masa mula-mula kena, saya lambat pergi hospital dan ingat Bell’s Palsy ni tak serius, sepatutnya hari saya kena saya terus warded, tapi hari tu saya rasa nak selesaikan kerja-kerja ofis dulu.
Rupa-rupanya, sakit kepala saya 2-3 malam itu sudah tahap serius sehingga radang belakang telinga leher saya membengkak. Dan ini kemungkinan besar saya terkena Bell’s Palsy.
Penyakit ini tak popular tapi ramai juga orang popular pernah kena macam Angelina Jolie, Adibah Noor dan Faye. Baru saya tahu, ia bukanlah strok. Masa mula-mula warded saya agak down, takut, sedih, panik, tak tau nak kata apa, semua perasaan ada.
Macam mana nak kerja? Nak bercakap tak jelas. Saya tak dapat sebut huruf B dan P. Lebih jadi levih. Perhatian jadi ferhatian.
Hari itu BP saya 146-126, gula 8, kolesterol 3. Doktor kata Bell’s Palsy ni sapa-sapa pun boleh kena. Stress pun salah satu faktor. So, jaga diri dan kesihatan, stress pun perlu dikawal diatasi dengan baik.
Saya akui saya agak kepenatan 2 minggu anak-anak mula PdPR. Saya tido 2-3 jam sahaja sepanjang 2 minggu berturut-turut itu. Macamana ye ibu-ibu urus anak lagi ramai ye?
Terima kasih yang mendoakan kesembuhan saya. Allah yang beri ujian sakit ini, Allah juga yang memberi saya untuk rehat seketika, fokus ibadah lebih padaNya dan bergantung berserah padaNya. Allahu Ya Shafii Dia Yang Maha Penyembuh. Semoga semua yang sedang sakit juga cepat sembuh. Amin.
Artikel Berkaitan:
Diabetes Rupanya ‘Pembunuh Senyap’, Penyebab Penyakit Kronik Boleh Bawa Maut. Kenal Pasti Gejalanya!
Tabiat Pemakanan Punca Utama Kanser Usus, Ini Bahayanya Perlu Tahu Lepas Payudara & Serviks