Bahaya Duduk Lama Ketika Bekerja! Wanita Tak Sangka Sakit Bahu, Rupanya Tendon Koyak Habis!

Share

Hampir lebih 20 tahun bergelumang dalam dunia penulisan yang memerlukan dirinya mengunakan kepakaran kedua belah tangan untuk menyampaikan ilmu berguna buat orang ramai.

Menyalurkan maklumat dari mata pena hinggalah akhirnya bertukar dalam bentuk digital. Semua ini dilakukan dengan penuh minat dan kesungguhan dalam menggalas tanggungjawab diberikan.

Namun siapa sangka selepas hampir berpuluh tahun menggunakan khidmat tangan, rupanya ketika usia menjengah 40-an, dia mengalami masalah koyak tendon bahu. Bukan di bahagian belakang kaki tetapi pada bahagian bahu kanannnya.

Agak pelik apabila diberitahu doktor mengenai kecederaan bahu dialami kerana kebiasaannya tendon koyak terjadi di bahagian belakang, tetapi kali ini ditempat yang tidak dijangka sebelum ini.

Menurut Hasnita Sawal, 47 tahun, sakit dialami di bahagian bahu ini rupanya sudah lama tetapi sekejap on and off. Cuma kemuncaknya selepas balik bercuti dari kampung tempohari.

Hasnita Sawal.

“Ketika kena sakit itu berdenyut-denyut kat bahu, nak angkat tangan kanan payah. Rasa macam nak terpusing kat bahu tu. Leher pulak rasa keras dan tegang sangat.

“Oleh kerana tak tahan terus berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Mujur ada ambik insurans diri, jadi terus berjumpa doktor pakar untuk rawatan lanjut.

“Setelah dibuat ujian MRI, rupanya tendon di bahagian bahu sudah koyak habis. Sama ada perlu buat operation ataupun menjalani fisio terapi,” ujarnya yang tidak pernah terfikir kesan dialami akibat masalah tendon bahu koyak ini.

Lakukan ujian MRI.

Tambahnya lagi dia bersyukur kerana masih belum terlambat dan boleh buat rawatan sewajahnya.

“Tidaklah sampai jadi cacat (jika tidak buat rawatan), cuma doktor kata koyak itu akan koyaklah jika tak jahit. Ini sebab tendon koyak habis. Kalau koyak sikit mungkin boleh sambung balik.

“Cuma kalau tak nak jahit pun boleh je tapi kena tahan la bila sakit datang menyerang. Dan selepeas itu kena rajin buat fisio untuk betulkan balik postur badan,” ujarnya yang turut memberi nasihat kepada orang lain terutama yang masih lagi bekerja dari rumah.

“Nasihat saya sentiasa jaga kesihatan diri, jaga postur badan sebab sekarang ramai orang kerja menghadap laptop dan handphone terutama masa work from home.

“Kalau boleh setiap sejam kena stop dan buat regangan. Kalau dah ada rasa sakit cepat-cepat jumpa doktor,” tambahnya turut diberi suntikan ubat analgesic untuk tahan sakit.

Ibu kepada 3 anak ini juga reda dan tabah dengan ujian dari Allah bagi menguji hamba-Nya.

Effect Dari Leher Sampai Tangan

Last week Allah bagi ujian sakit bahu & tangan kanan sampai payah nk angkat. Actually sakit ni on off dah lama. Ingat cuma lenguh2 biasa, angin dan stress sampai effect dari leher sampai ke tangan.

Pegi klinik, doc kata tendon kat bahu ada problem so kena refer to physio. Kena buat physio di klinik Physio.

Sekali sesi kena RM175. Nak kena buat 5 sesi…errkk mahal jgk ek. Nasib #genglunch Siti Zurina Mat Saman bagi tahu gunalah insurans utk buat treatment. Sis lupa ada insurans medical card.

Bilik selesa di KPJ.

Terus call my ejen Ida Rafidah yg pantas respons & bagi tau what to do. Lepas jumpa Orthopedic surgeon Kpj Damansara, kena admitted utk buat MRI. Result report MRI detect tendon bahu kanan koyak & slip disc di leher. Patutlah sakit sangat 2 bahagian tu.

Alhamdulillah ada insurans coverage so bolehlah berehat dan buat treatment dengan selesa di hosp 5 star

Tendon Koyak Perlu Jahit

Lepas dah discharge doc sambung bagi MC seminggu plus follow up physio. Doc kata tendon bahu koyak habis bukan sikit-sikit so sama ada perlu operate untuk dijahit atau teruskan physio, dia akan tengok next week.

Takpelah sis lebih rela pilih bersusah payah buat physio walau sakitnya di bahuku tiap kali buat senaman regangan daripada nak kena operate.

Nasihat sis kpd kawan-kawan semua kalau ada rasa sakit yang aneh-aneh di mana 2 bahagian badan kita, janganlah in denial kata ok je. Cepat-cepat jumpa doktor. Bila tau punca boleh buat rawatan cepat. Kalau yang masih sihat dn takde insurans lagi blh cepat ambik (roger ejen sis tau) sebab boleh guna waktu diperlukan.

Bila dah sakit walau tak teruk sangat ia tetap akan effect our daily routine, emosi dan fizikal.
Doc kata antara punca tendon bahu koyak sebab postur badan tak betul masa duduk bekerja depan laptop dan handphone.

Mujur keluarga memahami.

Lepas tu posisi tangan masa menaip tak berhenti untuk buat senaman regangan selain kerap angkat objek berat bertahun-tahun lamanya. Nature of work paling banyak menyumbang pada kekoyakan itu

Jaga kesihatan diri kita. Bila dah sakit yang tanggungnya kita tapi selagi bekerja memang kena la terus komited kan cuma kitalah yang kena pandai-pandai utamakan apa yang penting.

Artikel Berkaitan:
Rasa Kebas Menyucuk Tanda Hidap Slipped Disc. Boleh Bahayakan Nyawa Kalau Tak Segera Dirawat!

Tak Perlu Modal Besar. Kelebihan Senaman Brisk Walk Elok Diamalkan & Baik Untuk Jantung!

Gara-Gara PKP, 4 Bulan Berjaya Lenyapkan 25 KG. Rahsianya Skip Gula & Makanan Berminyak!

Published by
Siti Zurina Mat Saman