Jika meninjau instagram milik Azah Aziz, pasti anda terkejut melihat penampilan pelakon ini yang semakin slim walau pun sudah memiliki tiga anak lelaki yang meningkat dewasa.
Langsung tak nampak seperti wanita berusia 51 tahun, Azah nampak awet muda dan ‘bergetah’ seperti wanita dalam lingkungan 30-an.
Mana taknya, dengan rutin dan diet dilakukannya, Azah dikatakan berjaya menurunkan berat sebanyak 15kg dalam masa lima bulan.
Banyak kan, nak tahu tak apa rutin dan dietnya yang berkesan hilangkan 15kg?
Kongsi Azah di Instagram, kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 15kg dalam masa lima bulan itu adalah disebabkan oleh displinnya dalam melakukan diet dan rutin harian yang sihat.
Untuk diet, Azah hanya menitikberatkan pemakanan sihat seperti pengambilan teh hijau setiap kali bersarapan. Manakala tengah hari pula Azah akan makan dalam kuantiti yang sedikit, melebihkan protein dan sayur serta mengurangkan karbo seperti nasi.
Sekadar pengetahuan kamu, untuk nasi, Azah hanya akan makan sebanyak dua sudu sahaja bagi melapik perutnya.
“Saya masih makan nasi tetapi hanya dua sudu sahaja. Orang Melayu kalau tak dapat nasi kan. Minum air banyak, tiada pencuci mulut dan air gula. Tiada pil diet dan suplemen.”
Rutin hariannya pula, Azah akan bersenam. Antara senaman yang dilakukan olehnya adalah berlari, mendaki hingga berjalan kaki untuk mendapatkan 10 ribu langkah setiap hari.
Sebelum melakukan diet dan rutin harian yang sihat, Azah memiliki berat 63kg dan berjaya mencapai sasarannya iaitu 43kg dalam masa lima bulan sahaja.