Atikah Suhaime Nampak Kurus Sangat, Rupanya Ini Punca!

Share

Suka melihat usaha diet pelakon Atikah Suhaime di laman Tik Tok miliknya, macam-macam menu sihat dia buat untuk dapatkan berat yang didamkan.

Atikah atau nama sebenarnya, Nur Atikah Mohd Suhaime sebelum ini menolak banyak tawaran lakonan disebabkan kurang yakin dengan bentuk badannya.

Pernah mengumpamakan badannya persis seekor ikan paus, namun tidak kali ini yang mana dia dilihat sangat kurus seolah tiada langsung lemak di badannya.

Ramai yang memuji dengan hasil diet Atikah menerusi perkongsian foto pelakon itu dalam Instagram miliknya, termasuk rakan artisnya.

Namun ada juga yang komen sebaliknya.

“Kurus sangat sayang,” tegur rakan artis Salina Saibi.

“Kenapa makin kurus Atikah oi!” tegur seorang peminatnya.

“Hebatnya… boleh kurus… aaaaaa bagi lah semangat nak kurus.. mulut dan otak tak bagi kerjasama lah,” tulis pengikut Insgramnya.

“Kurus sangat tak elok,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

Amalan Diet Atikah Suhaime

Apa pun pandangan orang tentang tubuh badan Atikah sekarang, terpulang. Kalau anda mahu mencuba diet sepertinya, ini antara menu diet yang pelakon berasal Singapura itu kongsikan, Sambal Matah, Ikan Bakar dan Kubis Mentah. Nampak menarik, bukan?

Malah ada juga menunya viral di media sosial disebabkan nama yang unik Atikah berikan, contohnya Singgang Matsalleh.

Apa pun, syabas atas usaha dan hasilnya! Bagi Rapi, itu yang Atikah target. Jadi dia layak dapat tubuh badan yang cantik dan langsing itu. Jika kita pun mahu ringankan badan dan nak pakai baju saiz kecil juga, kenalah usaha keras sepertinya.

 

Published by
Nadia