Ardell Aryana Selamat Lahirkan Anak Kedua, Cantik Sungguh Ibu Anak Dua Ini

Share

Syukur alhamdulillah, pasangan pelakon Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa menimang cahaya mata kedua awal pagi tadi.

Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin sebelum ini juga cukup terkenal dengan komitmen dalam misi kemanusiaannya.

Ardell Aryana Selamat Lahirkan Anak Kedua, Cantik Sungguh Ibu Anak Dua Ini

Menurut Nadzmi atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 31, isterinya bersalin secara normal pada pukul 12.58 padi.

“Alhamdulillah… Isteri saya telah selamat melahirkan anak kedua kami, secara normal pada hari ini 25 Julai 2023, jam 12.58 awal pagi tadi.

“Terima kasih doa yang baik-baik dari semua. Syukur Alhamdulillah kedua-dua ibu dan anak selamat,”

katanya.

Nadzmi berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram. Bagaimanapun, jantina anak kedua pasangan selebriti itu masih lagi dirahsiakan.

Menjengah ruangan komen, perkongsian berkenaa dipenuhi dengan ucapan tahniah di atas anugerah yang diberikan ALLAH buat mereka.

Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan perkahwinan pada 1 September 2019 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan,  Arwa Malaikha Urwa yang kini berusia 3 tahun.

 

Tumpang bahagia melihat pasangan ini, semoga kelahiran kedua zuriat mereka akan menjadi penyeri rumah tangga.

IKLAN