Pernah tular video penyanyi, Adira Suhaimi bersama madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red di media sosial, itu menandakan hubungan mereka berdua semakin ‘jernih’.
Menurut perkongsian Kosmo, sebenarnya tujuh tahun juga Adira menanti keadaan ini, akhirnya hubungannya dilihat bertambah baik dengan Datin Red.
Malahan Syawal kali ini timbul semangat berbeza apabila dapat merasai suasana hari raya dengan keluarga besar, sekali gus berpeluang bersalaman dengan hati yang ikhlas.
“Pagi 1 Syawal tahun ini giliran saya berhari raya dengan suami, selepas itu dia pulang ke rumah Datin Red pula kerana kediaman kami berdua tak jauh pun, sekitar satu kilometer.
“Tetapi untuk Aidilfitri ini saya mahu kami semua dapat berkumpul beramai-ramai termasuk anak-anak tiri untuk sama-sama merasai kemeriahan pagi Syawal.
“Sudah pasti secara peribadi perhimpunan besar keluarga kami nanti meninggalkan kenangan terindah bagi saya kerana buat pertama kali juga saya dapat bersalam dan cium tangan bermaafan dengan wanita yang saya hormati ini.
“Tiada hadiah lebih bermakna berbanding mengeratkan silaturahim antara kami yang sememangnya sering saya panjatkan dalam doa sejak dulu,”
luahnya yang bergelar isteri kedua kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red.Hubungan baik dengan Datin Red mula terjalin selepas Adira menziarahi wanita itu yang kehilangan ibu tercinta pada 27 Mei tahun lalu.
Katanya, ketika itu dia nekad memandu ke kampung isteri pertama suaminya untuk berada di sisi wanita itu.
Sejak itu mereka kerap dilihat menghabiskan masa termasuk ketika hadir berpakaian sedondon dan berpimpin tangan bersama Datin Red ketika hadir ke sebuah acara fesyen, bulan lalu.
Bercerita tentang hari lebaran, hari raya pastinya tentang anak-anak. Melihat empat cahaya mata yang sedang membesar sidah cukup membuatkan hatinya girang dan ceria sepanjang masa terutama raya.
Melihat kegembiraan si kecil, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayub, tujuh bulan menggayakan baju baharu sudah cukup mengujakan rayanya.
Bila ditanya tentang memori zaman kecil, penyanyi Ombak Rindu itu menyatakan hidangan wajib atas meja makan tentu sahaja pulut kuning dihidangkan bersama rendang.
Tumpang bahagia melihat keluarga besar seperti ini, Rapi mendoakan semoga Adira dan Datin Red semakin bahagia bersama keluarga tersayang dan menyambut kekurangan dan kelebihan masing-masing.