Umum sudah mengetahui penyanyı cantik Elyana dilihat sangat kuat melawan penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu.
Dan terbaru dia memuat naik perkembangan terkini dirinya yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.
Menerusi ruangan Insta Story, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu berkenaan berkongsi bahawa dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari.
Biarpun berada dalam keadaan lemah, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal masih dilihat positif dengan keadaan yang menimpa dirinya.
Melalui beberapa siri Insta Story, Elyana bercerita tentang proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya sepanjang di hospital.
Menurut bintang drama Misi Dania Cun itu, badannya perlu dimasukkan 2 pek darah serta susu memandangkan berat badannya hanya seberat 35 kilogram.
“Assalamualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan darah. Ini baru first bag darah dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.
“Selepas treatement ini, kemungkinan besar saya kena buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak ‘chemo’. Rawatan tersebut akan dibuat pada bahagian dada,” katanya.
Di samping itu, dalam video lain Elyana berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan dirinya dan semoga segala urusan berjalan lancar.
“Hopefully semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran dan kesihatan saya. Semoga cepat sembuh,” tutur penyanyi berusia 34 tahun itu.
Dia juga turut berterima kasih kepada suami, anak dan seluruh ahli keluarga serta rakan-rakannya yang sentiasa memberi semagat dan mendoakan kesihatan dirinya.
Selain di ruangan komen ramai yang mendoakan kesejahteraan dirinya dan terus kuat melawan penyakit yang dideritanya itu sejak sekian lama. Sebelum itu juga rupanya sel kanser sudah merebak ke bahagian rahim, hati dan pangkal paha.
Artikel Berkaitan:
Benjolan Di Leher, Ketiak & Pangkal Peha Tanda Kanser Limfoma. Semak 6 Lagi Gejala Lain!
Awas! Keluar Lelehan Cecair Darah, Salah Satu Petanda Kanser Payudara!