Memiliki rupa paras yang cantik, Ameera Khan selalu menjadi perhatian netizen setiap kali dia membuat live di platform media sosial untuk berkomunikasi dengan pengikutnya.
Apa yang menarik, adik kepada selebriti, Neelofa itu suka berkongsi rutin hariannya dan aktiviti yang dilaluinya menerusi live media sosial.
Di antara live Ameera itu, ada berkongsi mengenai apakah yang dilakukan oleh selebriti itu sebaik sahaja bangun dari tidur.
Kongsi Ameera, sebaik sahaja bangun dari tidur, dia ‘wajib’ melakukan satu amalan hariannya iaitu membaca bismillah lima dan beberapa zikir yang lain. (Kamu boleh skip ke masa 02:00)
@milahbunga Replying to @🌸nor_21🌸 hahaha ! Seronok pulak dengar dia borak 🤭 #fyp #foryou #foryoupage #foryoupageofficiall #ameerakhan #ameerakhan #littlemisskhan #sembang #borak #funny ♬ original sound – Milah Bunga
Bismillahir Rahmanir Rahiim
Bismillahish Shaafii
Bismillahil Kaafii
Bismillahil Mu’aafii
Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis samaa-e wa huwas samii’un ‘alim.
“Saya selalu baca ini sebab saya serahkan semuanya kepada Allah S.W.T. termasuklah apa yang membuatkan saya sedih. Jadi saya boleh memulakan hari dengan lebih segar.”
Selain daripada itu, Ameera juga berkongsi dia akan menulis keinginan dan hajatnya ke dalam buku doa miliknya untuk dibaca setiap kali selepas solat.
Jadi anda juga boleh amalkan apa yang dilakukan oleh Ameera untuk kehidupan yang lebih tenang dan bahagia.
Semoga bermanfaat!
Sumber gambar: Ameera Khan