Mempunyai aura tersendiri, pempengaruh popular Cina Kelantan, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee, 26, kelihatan semakin manis dan cantik dengan penampilannya terkini. Lebih slim!
Turut berkongsi, Mek Yun sebenarnya seorang yang lasak dan suka aktiviti mencabar adrenalin.
Menerusi portal Kosmo!, pempengaruh ini berkongsi, boleh dikatakan tiada siapapun dalam kalangan pengikutnya yang tahu dia sukakan aktiviti lasak seperti buggy jumping dan skydiving.
“Ya, memang ramai tidak tahu dan saya sendiri tidak pernah berkongsi yang saya ini jenis gadis yang sukakan aktiviti lasak,” kata pempengaruh miliki sejuta pengikut di TikTok itu yang sering muncul dengan video berbahasa Melayu loghat Kelantan.
Jelas ikon Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini, ada beberapa aktiviti lasak yang sehingga kini masih tidak berkesempatan untuk dicuba dan menjadi bucket list dirinya seperti buggy jumping di Macau.
Melihat perubahan dirinya yang semakin kurang berisi berbanding dahulu, Mek Yun berkata, dia gembira kerana telah berjaya menyingkirkan 14 kilogram (kg) berat badan dalam masa setahun dari November 2022 hingga November 2023 menjadikan beratnya daripada 74kg ke 60kg.
“Saya amalkan senaman secara konsisten, pemakanan seimbang dan elak makanan ringan,” katanya.
Anda pernah buat atau minum tak Jus Detox? Kalau belum, boleh cuba resepi ini. Senang sahaja dan sangat healthy!
Jadi kalau anda nekad nak turunkan berat badan, boleh lah ikut cara Mek Yun ini.Yang penting boleh keluarkan peluh dan kawan pemakanan yang diambil setiap hari.
Jom sihat sama-sama!
Kredit gambar: Mek Yun