Seperti yang kita ketahui, pelakon, Lisa Surihani pelat R dalam sebutannya dan ini menjadikan cara percakapannya menarik perhatian sesiapa sahaja yang mendengar.
Bukan sesuatu yang janggal, di luar sana pun ramai yang berdepan dengan masalah ini. Namun temu buat Lisa bersama team radio Era dan seorang doktor membuatkan kita lebih memahami situasi yang dialami oleh isteri Datuk Yusry Abdul Halim itu sendiri sejak tadika sampai sekarang.
Menerusi temu bual itu, Lisa berkongsi pengalamannya waktu sebut huruf R di hadapan kawan-kawan sekolah dan akhirnya digelakkan.
Tanya doktor, “Lisa pelat R ini masa bila?”
Jawab Lisa melalui panggilan phone, “Sejak tadika lagi, saya dibuli macam ini. Masa tadika dulu, saya perlu menyebut nama warna. Nama warna itu adalah merah jambu.
“Kemudian selepas sebut sahaja, tiba-tiba kawan cakap,”Haa… merah jambu?” Haahahahaa.. siap berekor-ekor dan bergema cara gelak itu.
“Sampai dah jadi core memory sampai sekarang. Jadi sejak tadika lagi lah saya sedar yang sebutan R saya, untuk bahasa Melayu ya doktor, kalau bahasa Inggeris dia punya tekanan kepada huruf R berbeza sedikit.”
Kongsinya lagi, “saya ada tendency untuk buat placement getaran itu di dalam mulut saya pada tempat yang salah iaitu di belakang dan bukan di depan. Itu lah masalahnya.”
Namun bila ditanya sama ada dia pernah berjumpa speech therapy atau pakar sebelum ini, Lisa menjelaskan tidak.
Untuk merawat dalam usia 30an, doktor kata masih boleh sebenarnya. Jadi jika anda ada masalah dalam sebutan R, jangan rasa down. Anda boleh cuba jumpa pakar yang berkaitan.
Beauty with brain, demikian perkataan tepat buat selebriti yang sentiasa memberikan inspirasi ini.
Berkelulusan dalam bidang undang-undang daripada Kolej Universiti HELP dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom, Lisa terdahulu terjun dalam dunia seni sebagai pelakon kanak-kanak dan model iklan pada tahun 1997.
Untuk rekod, pelakon Manisnya Cinta di Cappadoccia itu mendirikan rumah tangga dengan berkahwin dengan Yusry pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Sumber video: Era.je