Tak mudah nak istiqamah dalam penghijrahan, namun Lisa Surihani masih mampu dijadikan inspirasi dan role model untuk golongan wanita terus berubah menjadi hamba Allah yang sedap dipandang.
Menerusi hantaran pengguna akaun Tik Tok @pendosahijrahhh di laman medsos, memaparkan Lisa berkongsi beberapa tip dan rahsia yang diamalkan untuk kekal istiqamah.
Menurut Lisa hanya dua amalan yang diamalkan dirinya untuk kekal istiqomah. Pertama, menjaga solat dan kedua, amalkan membaca Al-Quran.
“Macam mana nak kekal istiqamah? Solat jangan tinggal, dekatkan diri sentiasa baca Al-Quran walaupun terpaksa merangkak-rangkak sebab punya Allah sayang dekat kita, kita merangkak baca Al-Quran ‘double’ kita punya pahala,” ujarnya.
Selain itu, Lisa berkata dia sering melakukan amalan-amalan sunnah dan yang paling penting, seseorang itu perlu berada pada persekitaran baik yang boleh menggalakkan perubahan ke jalan Allah.
@pendosahijrahhh semoga Allah permudahkan utk kita semua istiqomah, Allahumma aamiin🤲🏻😭❤️ #lisasurihani #muhasabahdiri #majlisilmu #fakirilmu #pendosa ♬ original sound – Daniesh Suffian
“Apa-apa yang baik, buat. Kalau tahu apakah sunnah itu, sunnah ini, buat. Anatara yang penting adalah kita punya persekitaran. Kita mesti dikelilingi orang yang baik. Orang-orang yang nak mendapatkan keredhaan Allah SWT dan yang nak ke jannah,”
katanya.Dilihat ramai netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada Lisa atas perkongsian ilmu dan nasihat bermanfaat yang dikongsikan.
Selain itu, ada juga netizen yang meninggalkan komen berbentuk kata-kata semangat khusus buat mereka yang ingin berhijrah.
Sumber: Tik Tok @pendosahijrahhh & Instagram Lisa Surihani